WAN SAIFUL MENGAKU KEPUTUSAN YANG DIAMBIL KERAJAAN TIDAK SEMUANYA BETUL

6.5k
SHARES
20.8k
VIEWS

Amat bahaya dan mengejutkan apabila Ketua Penerangan Bersatu sendiri mengakui tidak semua keputusan yang diambil kerajaan adalah betul. Beliau berkata, “Adakah keputusan (kerajaan) akan sentiasa betul? Pasti tidak semuanya.

Bahkan beliau juga berkata “…memudahkan pembetulan dibuat jika tersalah“. 

Dalam erti kata lain secara tidak langsung Wan Saiful Wan Jan memberitahu kerajaan ada membuat keputusan yang silap atau salah dan ini sebenarnya satu tindakan yang amat tidak bertanggungjawab kerana melibatkan nyawa dan kehidupan 33 juta rakyat di Malaysia. 

Rujuk kenyataan penuh beliau yang mengaku perbuatan tidak bertanggungjawab kerajaan tersebut di pautan;

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1938241979665594&id=219735661516243

Perkara ini perlu disiasat sepenuhnya dan mohon perkenan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong memperhalusi pengakuan ini serta membawanya ke pengetahuan Raja-Raja Melayu yang lain pada 16 Jun ini semasa mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu diadakan.

Selain itu NGO-NGO dan parti-parti politik wajib mendesak perkara ini disiasat serta ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) atas pengakuan Wan Saiful Wan Jan bahawa kerajaan seolah-olah ‘bereksperimen’ dengan rakyatnya sendiri. 

Ini secara jelas memberi gambaran bahawa kerajaan gagal memilih dan membuat keputusan yang terbaik untuk negara dan seolah-olah hanya “try and error“.

Adakah jika keputusan tersebut baik untuk rakyat maka ia keputusan yang betul dan jika keputusan tersebut tidak baik atau buruk untuk rakyat maka ia tidak betul tetapi akan dibetulkan? Adakah itu yang kerajaan ingin sampaikan?

Bagaimanakah dengan ribuan kematian yang berlaku akibat pandemik Covid-19, adakah ini termasuk dalam kesilapan yang boleh dibetulkan? 

Adakah kerajaan terlupa mereka sedang berhadapan dengan nyawa rakyatnya sendiri? Adakah kerajaan tidak fikir sebarang keputusan salahnya akan memberi kesan terhadap seluruh rakyatnya yang sedang berdepan dengan situasi kritikal antara “hidup dan mati” ketika pandemik ini?

Melalui pengakuan Wan Saiful ini maka timbul persoalan adakah mencadangkan darurat kepada YDP Agong itu adalah antara keputusan tidak betul atau salah yang dipilih dan diambil kerajaan?

Adakah tindakan menutup dan menghalang Sidang Parlimen itu juga antara keputusan tidak betul dan salah mereka?

Adakah tidak memberi bantuan sewajarnya termasuk masih tidak mengarahkan bank memberi moratorium automatik itu antara keputusan salah yang diambil?

Adakah keputusan membuka kilang  dan Industri seluas-luasnya merupakan antara keputusan tidak betul yang diambil, seperti pengakuan Wan Saiful? 

Adakah keputusan kerajaan lambat menutup pintu kepada pelancong asing sehingga mengakibatkan varian baru masuk ke negara ini merebak ini juga salah?

Adakah pelaksanaan SOP dua darjat juga boleh ditakrifkan tersilap dan mungkin dibetulkan? 

Justeru itu apakah keputusan yang betul dan yang manakah yang tidak betul? Bukankah semuanya wajib dikaji dengan teliti dan pilihan yang paling baik sebelum sebarang keputusan diambil  dan dilaksanakan?

Mengakui tidak semua keputusan kerajaan adalah betul ini mengundang bahaya terhadap rakyat dan sangat tidak bertanggungjawab. 

Perlu diingat, sebarang kesilapan keputusan ketika ini kerajaan terkait dengan nyawa 33 juta rakyat negara ini tidak sepatutnya berlaku dan tidak boleh dipandang ringan. 

Lebih buruk, sebarang kesilapan itu tidak boleh ditegur kerana Parlimen digantung.

Apapun tahniah Wan Saiful, pengakuan anda ini menjadi bukti kukuh bahawa kerajaan Perikatan Nasional ini sememangnya gagal dan wajar ditukar sementara menunggu suasana pulih untuk memberi laluan kepada PRU-15. 

Semoga 16 Jun ini Majlis Raja-raja Melayu dapat mempertimbangkan “kesilapan-kesilapan kerajaan dalam membuat keputusan” yang telahpun diakui sendiri oleh  Bersatu.

Daulat Tuanku. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts