Antara yang giat mengecam Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Perikatan Nasional adalah Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan. Najib juga suka mengenakan beliau dan mencari titik kelemahan Wan Saiful dalam mengeluarkan pandangannya di Facebook.
Sebelum ini Najib mempertikai Wan Saiful kerana mengakui tidak semua keputusan yang diambil kerajaan adalah betul. Sedangkan setiap keputusan kerajaan sewajarnya dikaji dan diteliti sebaik mungkin malah ada antaranya mengambil masa selama bertahun-tahun sebelum dilaksanakan.
Rujuk berita sebelum ini bertajuk “Wan Saiful mengaku keputusan yang diambil kerajaan tidak semuanya betul” di pautan;
https://editormalaysia.com/23159/
Titik lemah Wan Saiful ini digunakan sebaik mungkin oleh Najib dan kali ini Wan Saiful pula cuba menggunakan naratif Najib dengan menumpukan kepada “titik lemah” beliau yang diandaikannya sebagai kes-kes di mahkamah yang ingin dialih perhatian.
Rujuk pautan;
https://www.facebook.com/219735661516243/posts/1940409502782175/
Menurut Wan Saiful, ini adalah strategi ‘divertion‘ Najib.
“Saya lihat Dato Sri Najib Razak begitu tekun ‘troll’ beberapa orang dalam kerajaan Perikatan Nasional, iaitu kerajaan dia sendiri. Perbuatan troll kerajaan sendiri ini sebenarnya pelik, tetapi dalam strategi ‘diversion’ ia memang perlu dibuat.“
“Tambahan pula, sekarang Najib tidak perlu ulang alik ke mahkamah sebab mahkamah tutup semasa PKP. Bolehlah jadi Ketua Perungut Kebangsaan sepenuh masa.“
“Strategi utama Najib ialah ‘divert’ perhatian kepada isu lain supaya orang lupa apa yang telah dia buat. Banyakkan rungutan mengenai kerajaan sendiri supaya perhatian rakyat dapat “divert” daripada berapa bilion yang telah dirompak.“
“Tunjukkan diri sebagai hero UMNO supaya orang UMNO sendiri lupa bahawa UMNO kalah PRU-14 sebab orang marah Najib.“
Pandangan Wan Saiful ini memang ada benarnya jika ia mengenai ‘strategi’ Najib.
Cuma jika tujuan Najib membangkitkan beberapa isu termasuk ‘troll‘ kerajaan Perikatan Nasional adalah kerana ‘divertion‘ atau mengalih perhatian, ia kurang tepat.
Strategi Najib ketika ini adalah dengan membangkitkan isu-isu seharian yang membelenggu rakyat.
Boleh dikatakan 90 peratus daripada siarannya (posting) adalah mengenai isu-isu seharian seperti Covid-19 dan vaksin, masalah ekonomi dan kehidupan rakyat, tegurannya mengenai kepincangan dan kelemahan kerajaan menangani pandemik walaupun mempunyai “kuasa besar” ketika darurat yang tidak digunakan contohnya moratorium serta menjadi pemudah cara pengeluaran i-Sinar dan lain-lain bantuan kepada rakyat.
Hanya sekitar 10 peratus siaran beliau memperkatakan hal-hal lain seperti bola, mencari kedai makan, update sesuatu perkara yang minatnya dan juga sekali-sekala kucing beliau namun akhir-akhir ini Kiki sudah jarang ditampilkan.
Selain itu Najib tidak menyentuh peribadi seseorang dan keluarganya melainkan hanya melaporkan mengenai keluarga Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang terkait dengan isu menerima dana daripada Jho Low, tetapi ini bukan serangan peribadi kepada keluarga Zeti.
Wan Saiful pula mengaitkan Najib dengan isterinya yang mungkin boleh dikatakan perlu beliau elakkan dan bina naratif lebih baik untuk ‘menangani’ Najib.
“Yang menariknya, setiap kali saya komen mengenai dia, maka beribu cybertroopers datang serang posting saya. Ramai sungguh team Najib Razak ni ya. Kalau isteri tersayang Datin Seri Rosmah Mansor dikatakan bayar RM100,000 sebulan untuk cybertroopers, agak-agak Najib bayar berapa juta sebulan ya?“
“Saya hairan juga mana hilangnya Rosmah Mansor. “Can I advise you something” dibuat di rumah saja. Bagus juga Rosmah ni. Patuh SOP.”
“Inipun strategi ‘diversion’. Bila Najib sembunyikan Rosmah, orang sudah tidak nampak Rosmah. Bila orang tidak nampak, maka perlahan-lahan dia mahu media dan rakyat lupa mengenai kemewahan Rosmah. Maka perhatian akan ‘divert’ ke isu lain.“
Strategi Wan Saiful dengan mengaitkan Najib dan Rosmah ini kurang sesuai dan mengurangkan impak daripada kenyataan beliau ini. Momentumnya sudah bagus kerana titik lemah Najib dikaitkan dengan strategi diversion tetapi sayang ia impaknya berkurangan apabila beliau mengaitkannya dengan Rosmah.
“Nampak macam ramai juga ahli team cybertroopers Najib ini ya. Atau adakah dengan Jajaran Baru yang dia sedang kempenkan, Najib sudah bergabung juga dengan Red Bean Army (RBA)? Saya nampak sejak Najib bawa idea Jajaran Baru ini, tahap aktiviti RBA dan team Najib hampir sama hebat.“
Sungguhpun begitu, Wan Saiful menimbulkan isu cybertrooper ini memang menarik untuk dibincangkan kerana tanpa sedar Bersatu sendiri masih ‘menyimpan’ ribuan cybertrooper-nya yang boleh membantu berhadapan dengan “kaki troll” seperti Najib.
Rujuk artikel “Kenapa PMO tidak gerakkan puluhan ribu cytro sedia ada pertahan Perdana Menteri” di pautan;
https://editormalaysia.com/21370/
Jumlah yang Bersatu punyai ketika ini tidak termasuk cybertrooper atau ‘cytro‘ JKOM dan bayangkan jika kedua-duanya digandingkan, tentu Najib mudah sahaja ditangani namun jumlah ribuan sekalipun jika naratif yang dimainkan kurang tepat ia juga tidak akan berjaya.
Buat makluman Wan Saiful, serangan RBA semakin tumpul sejak Pakatan Harapan memerintah dan semakin lesu selepas mereka tumbang. Data ini boleh dilihat jelas di mana-mana media sosial seperti Facebook dan Twitter dengan sedikit carian mudah.
Serangan dan aktiviti RBA memuncak sebelum PRU-14 namun mereka tidak dapat tangani ‘cybertrooper’ atau ‘RBA’ daripada kalangan mereka sendiri yang berpaling tadah dan mula menolak Pakatan Harapan kerana memerintah dengan teruk.
Malah Bersatu sendiri berpecah dua dan satu daripadanya keluar daripada Pakatan Harapan membentuk kerajaan Perikatan Nasional yang disokong oleh UMNO dan PAS dan satu lagi kekal bersama Pakatan Harapan dan membentuk parti Pejuang dan MUDA.
“Cybertrooper rakyat” yang wujud selepas Barisan Nasional tumbang dan bersikap lantang terhadap kerajaan selepasnya iaitu Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional ini sering kali disalah anggap sebagai RBA atau cybertrooper berbayar.
Justeru “strategi diversion Najib” ini lebih meyakinkan rakyat sehingga volunteer menjadi cybertrooper beliau secara semulajadi berbanding lain-lain strategi counter-narrative Perikatan Nasional termasuk Wan Saiful.
Ini kerana pendekatan atau approach yang Perikatan Nasional gunakan itu kalau boleh janganlah asyik menyalahkan rakyat. Cuba ubah dengan pendekatan yang lebih rasional dan membela rakyat maka tanpa disuruh-suruh dan tanpa dibayar sekalipun rakyat akan tetap membela kerajaan yang dilihat membela mereka.
Inilah strategi terbaik menghasilkan cybertrooper rakyat yang kini ‘berlonggok’ menyerang setiap posting Wan Saiful.