• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Thursday, March 23, 2023
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

YDP AGONG DAN RAJA-RAJA MELAYU MENTERJEMAH ISI HATI RAKYAT JELATA – PUTRA

Kamarool Haidi by Kamarool Haidi
June 16, 2021
in Daulat, Utama
0
YDP AGONG DAN RAJA-RAJA MELAYU MENTERJEMAH ISI HATI RAKYAT JELATA – PUTRA
33
SHARES
366
VIEWS

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PUTRA

16 Jun 2021

1. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong melalui siaran media pihak Istana oleh Dato Pengelola Bijaya DiRaja telah menitahkan supaya Parlimen bersidang segera bagi membolehkan Ahli-ahli Parlimen membahas dan membincangkan isu-isu berkaitan menangani pandemik Covid-19, program vaksinasi, perbelanjaan wang negara dan pemulihan ekonomi yang semakin tenat.

Sebelum ini YDP Agong telahpun memberi ampun perkenan agar Parlimen boleh bersidang tetapi tidak dihirau oleh kerajaan masa kini yang tidak pasti dengan keabsahannya kerana sokongan majoritinya menjadi tanda tanya. Tidak ada pilihan lagi bagi kerajaan yang bergayut di dahan rapuh untuk tidak memanggil Sidang Dewan Rakyat secepat mungkin.

2. Parti PUTRA menjunjung kasih dengan lafaz Daulat Tuanku kerana gesaan Parti PUTRA agar DYMM SPB YDP Agong menitahkan agar Parlimen bersidang segera, jika MAGERAN tidak boleh diwujudkan serta memansuhkan Kabinet yang terlalu besar jumlahnya dan jelas tidak berkesan serta membazirkan wang rakyat.

Oleh kerana MAGERAN bukan menjadi pilihan, namun Parlimen mesti bersidang segera menjadi pilihan utama, sudah pasti menggembirakan rakyat kerana fungsi Dewan Rakyat bukan sahaja membahas dasar-dasar dan undang-undang tetapi yang lebih penting peranan SEMAK DAN IMBANG kerana wang beratus bilion dibelanjakan mesti diaudit oleh Dewan Rakyat serta projek-projek direct nego yang dilulus dalam masa darurat dan lain-lain perkara yang mesti berteraskan ketelusan dan integriti.

3. DYMM SPB YDP Agong dan Raja-raja Melayu dalam perjumpaan petang 16 Jun 2021 telah menzahirkan DAULAT RAJA PAYUNG NEGARA dan menentukan DEMOKRASI BERPARLIMEN SERTA RAJA BERPERLEMBAGAAN DIJUNJUNG TANPA TOLAK ANSUR, SEMBAH DAULAT TUANKU DARIPADA WARGA PARTI PUTRA. 

4. DYMM SPB YDP Agong juga menitahkan agar program vaksinasi diperhebatkan sebagai jalan keluar kepada ancaman Covid-19. Hasrat sasaran 80 peratus matlamat imuniti kelompok (herd immunity) hendaklah dicapai secepat mungkin, adalah titah YDP Agong. Ini menunjukkan bahawa program vaksinasi sekarang amat perlahan dan macam-macam isu berkaitan timbul.

Terlalu banyak kritikan, kecaman, berbagai persoalan yang ditimbulkan termasuk pembelian vaksin, sistem MySejahtera sehingga ada tuduhan berlaku ada pihak mendapat komisen yang begitu banyak melalui kroni dan sebagai nya. Amat wajar Menteri yang bertanggungjawab diganti dan diwujudkan TASK FORCE dengan melantik anggota-anggota berintegriti dan bukan di kalangan orang politik supaya dapat fokus kepada pencapaian matalamat vaksinasi 80 peratus secepat mungkin. Yang berlagak padai dan menyelam sambil minum air patutlah direhatkan daripada tugas ini.

5. PUTRA berharap Ahli-ahli Parlimen kali ini bila bersidang, mempamerkan kualiti perbahasan, berfakta, berani dan tegas sebagai suara yang mewakili rakyat dengan gaji yang lumayan. Bercakap dan berbahas sebagai Ahli Parlimen yang mewakili rakyat dan bukan sentimen parti semata-mata.

Sama sama tunggu dan lihat. 

DYMM SPB YDP Agong dan Raja-raja Melayu pasti akan mengikuti peranan Ahli-ahli Parlimen dan keberkesanan kerajaan yang mendapat kuasa darurat.

Rakyat memerhati dan Allah SWT lagi Maha Mengetahui. 

Salam perjuangan rakyat. 

Dato Paduka Dr Ibrahim Ali

Presiden PUTRA

Tags: DaruratIbrahim AliMajlis Raja-rajaParlimenPUTRAYDP Agong
Previous Post

WAN SAIFUL ‘KOYAK’, HADKAN KOMEN PEMBACA DI FACEBOOK

Next Post

PARLIMEN WAJIB BERSIDANG SEBELUM DARURAT TAMAT PADA 1 OGOS 2021

Kamarool Haidi

Kamarool Haidi

Related Posts

TUN MAHATHIR BAKAL SERTAI PUTRA, SUDI JADI PENASIHAT

TUN MAHATHIR BAKAL SERTAI PUTRA, SUDI JADI PENASIHAT

February 19, 2023
IBRAHIM ALI PELAWA AHLI UMNO YANG DIGANTUNG, DIPECAT SERTAI PUTRA

IBRAHIM ALI PELAWA AHLI UMNO YANG DIGANTUNG, DIPECAT SERTAI PUTRA

January 29, 2023
UMNO TIDAK RELEVAN? – DR. RAMALAN YUNUS

UMNO TIDAK RELEVAN? – DR. RAMALAN YUNUS

January 15, 2023
MAHIADDIN WAJAR BERHENTI MERENGEK DAN MEROYAN – ZAHID

MAHIADDIN WAJAR BERHENTI MERENGEK DAN MEROYAN – ZAHID

December 4, 2022
KENAPA MAHIADDIN TOLAK KERAJAAN PERPADUAN?

KENAPA MAHIADDIN TOLAK KERAJAAN PERPADUAN?

November 23, 2022
AGONG KECEWA DENGAN KERAJAAN YANG TIDAK STABIL?

AGONG KECEWA DENGAN KERAJAAN YANG TIDAK STABIL?

October 11, 2022

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In