PARLIMEN WAJIB BERSIDANG SEBELUM DARURAT TAMAT PADA 1 OGOS 2021

394
SHARES
2.3k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA KETUA PENERANGAN PUTRA MALAYSIA

17 Jun 2021 | 6 Zulkaedah 1442H

1. Parti PUTRA menolak dengan tegas kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato Seri Takiyuddin Hassan, yang menyatakan bahawa, Parlimen hanya akan bersidang pada bulan September ini sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri di bawah Pelan Pemulihan Negara. Parti PUTRA yang mendukung tinggi prinsip Demokrasi Berparlimen dan keluruhan Perlembagaan negara dengan tegas, bahawa Sidang Parlimen wajib dan mesti diadakan dengan kadar segera sebelum tempuh darurat tamat, sebaik-baiknya pada pertengahan bulan Julai 2021.

2. Sidang Parlimen wajib diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Ordinan Perisytiharan Darurat dibahaskan serta diluluskan oleh Parlimen dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan secara terperinci, menyemak serta meneliti segala perbelanjaan menangani pandemik Covid-19 dan lain-lain yang berkaitan.

Termasuk segala permasalahan rakyat dan perbelanjaan wang negara yang sudah dibelanjakan dan akan dibelanjakan perlu dibahaskan. Ini adalah selari dengan tuntutan PUTRA seperti yang dinyatakan oleh Presiden Dato’ Paduka Dr. Ibrahim Ali dalam kenyataan beliau semalam bertarikh 16 Jun 2021 jam 10.30 malam bagi menyahut pengumuman titah DYMM SPB YDP Agong selepas perjumpaan bersama Raja-raja Melayu pada petang 16 Jun 2021.

3. Titah YDP Agong supaya Parlimen bersidang segera juga selari dengan Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa peraturan pengisytiharan darurat dan ordinan-ordinan di bawahnya hendaklah dibentangkan di Parlimen.

4. Bagi mengingatkan semula DS Takiyuddin, sebelum ini YDP Agong telahpun memberi ampun perkenan agar Parlimen boleh bersidang, tetapi tidak dihirau bahkan tiada tindakan mahupun usaha dilakukan bagi membuka semula Parlimen.

Jika Parlimen bersidang pada bulan September bermakna ia telah melepasi tarikh tamat darurat pada 1 Ogos 2021. Adakah strategi “ada udang di sebalik batu” yang mahu lari daripada tanggungjawab prinsip akauntibiliti dan good governence yang wajib dipatuhi.

5. Parti PUTRA berpendapat dan berpendirian bahawa jika kerajaan engkar kepada titah DYMM SPB YDP Agong supaya Parlimen Bersidang Segera, maka ia boleh disifatkan dan diterjemahkan sebagai PENDERHAKAAN KEPADA TITAH DAN AMPUN PERKENAN DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG.

Pesanan nenek moyang serta adat Melayu bahawa titah Raja-raja Melayu hendaklah dijunjung dan dijulang tinggi serta menjadi pantang Melayu derhaka kepada Raja-rajanya. 

Sama-sama kita tunggu bila Sidang Parlimen akan diadakan.

RAJA BERDAULAT, RAKYAT SEJAHTERA, ALLAH BERKATI NEGARA. 

PUTRA PERKASA NEGARA

Terima kasih. 

Ashraf Rosli

Ketua Penerangan PUTRA Malaysia

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts