ADA APA DENGAN MI SEGERA DAN MENTERI?

131
SHARES
422
VIEWS

Rakyat semakin muak dan meluat dengan tindakan sesetengah Menteri Perikatan Nasional. Diingatkan selepas menggantikan Pakatan Harapan, kerajaan selepasnya akan cerdiklah sedikit.

Walaupun sebahagian daripadanya ber-DNA Pakatan Harapan termasuk Perdana Menterinya sendiri, tetapi rakyat tidak menjangkakan kehidupan mereka akan sesukar dan ‘semengarut’ begini.

Rakyat tambah meluat apabila ada dalam kalangan menteri membuat gimik murahan memakan mi segera yang dianggap sebagai menghina rakyat yang sedia tertekan, sesetengahnya sudah habis berikhtiar dan terpaksa meminjam. 

Tidak dapat difahami di sebalik gimik murahan memakan mi segera tersebut. Jika bukan bertujuan untuk menghina rakyat, maka adakah tanda protes kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengumumkan Jemaah Menteri bersetuju untuk tidak mengambil gaji selama tiga bulan?

Jika benar adakah rakyat akan melihat beberapa menteri lagi akan menunjukkan mereka makan mi segera setiap bulan sehingga bulan Ogos ini kerana mereka tidak mengambil gaji sejak Jun 2021?

Tidakkah Jemaah Menteri Perikatan Nasional sedar bahawa ada rakyat sudah tidak bergaji sejak darurat dilaksanakan?

Malah ada yang kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan sejak tahun lepas lagi? 

Bukankah memakan mi segera ini walau apapun tujuannya, ia dilihat menghina rakyat yang amat sukar meneruskan kehidupan sehingga ada yang membunuh diri?

Menteri yang makan mi segera masih mempunyai pendapatan lain daripada elaun kerajaan, ada yang masih mendapat elaun Menteri Besar sehingga kini mencecah puluhan ribu ringgit sebulan. 

Tetapi rakyat tiada ikhtiar lain selain meminta ihsan kerajaan agar mengeluarkan wang sendiri daripada KWSP sedangkan ia untuk simpanan di hari tua tetapi terpaksa dilakukan kerana kehabisan ikhtiar untuk meneruskan kehidupan. 

Mungkin juga kerana itulah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Zuraida Kamaruddin secara tiba-tiba mengumumkan ‘insentif’ kerajaan melalui pinjaman Kredit Komuniti yang mengambil faedah tinggi sehingga 18 peratus setahun? 

Atau sebenarnya makan mi segera itu bukan gimik murahan atau protes terhadap Perdana Menteri tetapi merupakan _’signal’_ oleh menteri-menteri Perikatan Nasional bahawa kehidupan rakyat akan semakin sukar selepas ini kerana PKP dilanjutkan – akibat kegagalan mereka sebagai kerajaan?

Jika tidak, apa rasionalnya di sebalik menunjuk-nunjuk memakan mi segera yang _’trending’_ dalam kalangan menteri ketika ini?

Justeru cukup-cukuplah wahai menteri, usahlah ditonjolkan mentaliti murahan dan segera minta maaf kepada rakyat.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts