KERAJAAN PATUT BANTU RAKYAT, BUKAN GALAKKAN MEMINJAM DARIPADA KREDIT KOMUNITI

359
SHARES
2.1k
VIEWS

Tindakan kerajaan yang seolah-olah menggalakkan rakyat meminjam daripada peminjam berlesen dilihat bukan sahaja tidak peka dengan kesengsaraan rakyat tetapi juga dilihat mengarut. 

Perkara ini turut dikritik oleh Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor, Isham Jalil yang mempertikai tindakan Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Zuraida Kamaruddin di atas rasional kerajaan membenarkannya. 

Saya cuma nak tanya Zuraida, dia tahu atau tidak berapa ramai ceti haram dan ahlong dulu yang sekarang dah up jadi Kredit Komuniti?” 

“Pinjaman wang berlesen ini bukan baru, mereka telah lama beroperasi.” 

Bila rakyat terdesak, mereka akan pinjam daripada sesiapa sahaja, dan mesti ada yang menangguk di air keruh untuk beri mereka pinjam.” 

Dalam dasar kewangan, keadaan ini dipanggil “predatorial lending” atau pemberi-pinjam pemangsa. Sehingga kini terdapat lebih 4,000 peminjam wang berlesen di seluruh negara.”

Isham turut gusar kerana menurutnya apabila kerajaan memberi syarikat sebegini lesen dan kebenaran untuk beroperasi masa darurat, ini tidak menjamin mereka akan mengikut undang-undang apabila membuat kutipan hutang terutama semasa ekonomi semakin teruk.

Sepatutnya kerajaan yang beri bantuan ketika ini, bukan suruh atau galakkan rakyat untuk pergi pinjam duit dari Kredit Komuniti, mahupun ceti dan ahlong atau bekas-bekas mereka. Zuraida, Zuraida…” 

Justeru kerajaan wajar memberi bantuan kewangan sewajarnya mengikut kategori masyarakat, menyediakan pakej stimulus yang lebih baik daripada sebelumnya dan bukannya tiba-tiba membenarkan syarikat kredit memberi pinjaman dengan kadar faedah yang tinggi sehingga 18 peratus setahun, hampir empat kali ganda daripada kadar bank-bank tempatan yang menetapkan setinggi 5.4 peratus setahun.

Jika gagal memikirkan idea lebih  baik untuk bantu rakyat sekalipun, sekurang-kurangnya janganlah membuat tindakan bodoh yang membuatkan rakyat makin meluat kepada kerajaan. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts