ANTARA SAFE HOUSE BELLAMY, LOKMAN ADAM DAN ISMAIL SABRI

456
SHARES
1.5k
VIEWS

Isu Datuk Seri Ismail Sabri yang dikaitkan dengan pertemuan beberapa pemimpin UMNO berjumlah hampir 30 orang di sebuah “safe house MINDEF”, sebenarnya mempunyai beberapa perkara yang perlu dibetulkan dan ada beberapa persoalan yang perlu dijawab. 

1. Perkara pertama yang perlu dibetulkan ialah mengenai lokasi pertemuan.

1.1. Pertemuan ini dikatakan berlaku di “safe house MINDEF“. Ini tidak betul kerana ‘nature’ Kementerian Pertahanan ini tidak memerlukannya untuk mempunyai sebarang safe house di dalam negara.

1.2. Sungguhpun begitu tempat yang dimaksudkan sememangnya ‘safe house‘ tetapi ia sebenarnya dimiliki oleh Jabatan Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri atau MEIO.

1.3. Di sini juga merupakan rumah latihan bagi pegawai-pegawai PTD yang terpilih memasuki MEIO, yang lebih dikenali dalam kalangan pegawai-pegawainya hanya sebagai RD, iaitu akronim kepada Research Department.

2. Perkara kedua yang perlu dibetulkan ialah mengenai apa yang didakwa oleh  Datuk Lokman Noor Adam mengenai Ismail Sabri.

2.1. Beliau mendakwa, dalam pertemuan tersebut Ismail Sabri berkata, “Sekiranya kita tidak dipilih sebagai calon dalam pilihan raya yang akan datang, bila-bila masa kita boleh menyertai Bersatu“.

2.2. Perkara ini telah dinafikan oleh Setiausaha Politiknya petang tadi kepada pihak media di depan Ibu pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur. 

2.3. Beliau berkata, “Ini adalah satu fitnah yang telah dilemparkan oleh Lokman Adam, yang berbentuk dan berbaur, yang boleh menjejaskan kredibiliti Naib Presiden UMNO Malaysia“.

2.4. Justeru perkara ini perlu disiasat oleh pihak polis mengikut laporan yang dibuat dan Lokman juga boleh mengemukakan sebarang bukti untuk menyokong dakwaannya sebelum ini.

2.5. Ini bagi memberi keadilan kepada Ismail Sabri yang telah didakwa mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya oleh bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO tersebut. 

3. Bagaimanapun, timbul beberapa persoalan iaitu kenapakah Setiausaha Politik Ismail Sabri tidak mahu mengambil peluang untuk menafikan terus penglibatan Menteri Kanan Pertahanan dalam pertemuan tersebut?

3.1. Selain itu melalui video berdurasi 4 minit 26 saat yang ditularkan itu, kenapakah pegawainya turut melepaskan peluang untuk menafikan wujudnya sebarang pertemuan di safe house MEIO Jalan Bellamy?

3.2. Apabila tidak dinafikan maka timbul pula persoalan siapa yang terlibat dan siapa ‘mastermind‘-nya? 

3.3. Pertemuan ini sepatutnya dinafikan demi meyakinkan ahli-ahli UMNO yang tertanya-tanya mengenai agenda di sebaliknya, yang menurut mereka telah membelakangkan Presiden UMNO dan MKT, sekaligus boleh ditakrifkan sebagai telah mengkhianati parti dan akar umbi UMNO.

4. Selain itu, rakyat juga ingin bertanya; Kenapakah agensi risikan di bawah Jabatan Perdana Menteri ini dilibatkan sekali lagi dan adakah Ketua Pengarahnya Datuk Rostam Affendi Dato’ Salleh merestui pertemuan ini dibuat di safe house mereka?

4.1. Atau jika MINDEF ada ‘safe house’ di Jalan Bellamy sekalipun, ia tetap salah kerana menggunakan premis kerajaan untuk urusan politik kepartian dan agenda peribadi.

5. Namun soalan lebih penting perlu ditanya; Kenapa tidak mahu guna banglo sendiri atau kediaman rasmi masing-masing? Boleh berbincang perihal politik negara dan cara-cara mengekalkan kuasa semahunya.

Jika tidak rakyat akan mempertikai, kenapa belum apa-apa sudah pandai menyalahgunakan kuasa? 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts