“JAJARAN BAHARU” ANTARA PN DAN DAP?

607
SHARES
2k
VIEWS

“Jajaran baharu” yang dituduh oleh sesetengah pihak dan dinafikan pula oleh pihak yang lain sebenarnya memang berlaku. Inilah realiti politik negara hari ini demi survival beberapa kerat ahli politik yang ingin terus berkuasa di sebalik kegagalan kerajaan.

Perkara ini boleh dilihat melalui satu video yang ditularkan berdurasi 5 minit 59 saat mengenai isu pemimpin-pemimpin UMNO yang akan terus memberikan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional walaupun UMNO telah berjanji akan menarik sokongan pada 1 Ogos ini.

Rujuk video “Keputusan MP Barisan Nasional kekalkan kerajaan adalah langkah terbaik bagi negara” di pautan; https://youtu.be/QPBOcvJzvQs

Setakat ini video yang dimuatnaik di YouTube kelmarin telah dilihat sebanyak 36 pengunjung. Ia juga ditularkan melalui WhatsApp yang mungkin lebih meluas medium penyampaiannya.

Naratif yang digunakan atau ‘dimainkan’ melalui video ini adalah mengenai “kerisauan rakyat” dengan menyebut, “Tindakan Presiden UMNO dan sebahagian Ahli Majlis Tertinggi UMNO mahu UMNO meninggalkan kerajaan sebelum 1 Ogos 2021 menimbulkan keresahan rakyat dan ketidaktentuan politik.”

Persoalannya rakyat resah dengan pelbagai kegagalan kerajaan dan tidak ambil pedulipun dengan parti politik melainkan pemimpin-pemimpin politik dan ahli-ahlinya yang perlu peka dengan kelangsungan politik masing-masing.

Lebih tepat, mood rakyat ketika ini adalah untuk menukar kerajaan.

Justeru dua hari lepas, 35 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional telah membuat keputusan untuk kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional sehingga akhir penggal.”

Melalui kenyataan ini jelas menyebut sejumlah “35 Ahli Parlimen Barisan Nasional” dan bukan sekitar 25 atau 28 orang yang dilaporkan media sebelum ini. Persoalannya siapakah mereka? Adakah mereka ini antara yang terlibat berada di safe house Jalan Bellamy?

Rujuk artikel “Antara safe house Bellamy, Lokman Adam dan Ismail Sabri” di pautan;

https://editormalaysia.com/23440/

Ia bukanlah satu keputusan yang mudah tetapi berharga jika mengambil kira kepentingan rakyat dan negara serta parti UMNO dan Barisan Nasional.”

Kenyataan di atas merupakan satu cara GSPS atau “gerak saraf perang saraf” yang lemah. Mana-mana pelajar komunikasi ataupun media dan perang saraf tahu kenyataan ini dilemahkan oleh realiti semasa ketika ini.

Inilah realiti yang perlu dihadapi oleh Perikatan Nasional dan sebarang naratif baru tidak akan diendahkan oleh rakyat apatah lagi akhir-akhir ini pemimpin kerap membuat kenyataan dan perlakuan yang menyakitkan hati rakyat.

Naratif rakyat resah kerana tindakan UMNO mahu “angkat kaki” ini hanya menambah konotasi negatif terhadap kerajaan yang dilihat cuba menutup realiti bahawa rakyat majoritinya kini marah dan menolak Perikatan Nasional.

Sungguhpun begitu, apa yang lebih menarik melalui video tersebut wujud kenyataan bahawa, “Tanpa UMNO gabungan PN dan GPS akan membentuk rakan sekutu baharu bersama MCA, MIC, PBRs, kumpulan Tun Mahathir, Warisan dan MUDA.”

Ini akan membolehkan Muhyiddin msmpunyai 81 kerusi Parlimen. Dengan 81 kerusi, Muhyiddin juga dijangka akan mendapat sokongan DAP yang mempunyai 42 kerusi Parlimen.”

Mereka telah berjanji tidak akan menjatuhkan kerajaan dalam masa pandemik ini.

Malahan Ahli Parlimen BN percaya kenyataan DAP ini bukan setakat retorik politik, kerana difahamkan 30 orang Ahli Parlimen DAP dikatakan telah menandatangi satu perjanjian sulit CSA dengan Bersatu bagi menolak sebarang usaha menukar kerajaan dalam tempoh terdekat dengan imbalan peruntukan kawasan Parlimen setara dengan wakil rakyat kerajaan.”

(Nota: Perjanjian CSA ialah “Confidence and Supply Agreement” atau perjanjian keyakinan dan pembekalan)

Selanjutnya intipati dalam video boleh diistilahkan sebagai “retorik politik”, hanya untuk menjustifikasi atau menghalalkan tindakan khianat parti antaranya momokan “jika kerajaan jatuh dan mewujudkan ketidakstabilan politik, UMNO akan disalahkan rakyat” dan “jika ketidakstabilan politik menyebabkan PRU dan kita mengulangi tragedi PRN Sabah“.

Pembuat video hanya bermain dengan naratif yang memihak kepada individu atau kumpulan yang disokongnya dan jelas boleh dilihat juga melalui kenyataan mereka di bawah. 

Dakwaan tindakan Ahli Parlimen UMNO ini untuk kekal dalam kerajaan (sebagai) mengenepikan keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2020 juga tidak betul.”

Usul bertulis yang dibahas dan disokong oleh perwakilan UMNO ialah menolak Anwar dan DAP, dan memutuskan kerjasama dengan PPBM sebaik Parlimen dibubarkan.”

Hakikatnya kenyataan ini jelas tidak tepat dan dibuktikan sendiri melalui video itu pada minit ke-4.50 dengan memetik kenyataan pada Perhimpunan Agung UMNO yang lepas iaitu,

2. MENERIMA dan mempertahankan keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 19hb Februari 2021 yang membuat ketetapan TIADA KERJASAMA DENGAN PPBM DALAM PRU-15; dan KEBERSAMAAN DALAM KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL, DITERUSKAN SEHINGGA PEMBUBARAN PARLIMEN“.

3. Bersetuju DENGAN GESAAN AKAR UMBI DAN KEPIMPINAN AGAR Pilihan raya umum ke-15 diadakan segera bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang stabil untuk menjamin kemakmuran negara kembali di landasan dan kehidupan rakyat disejahterakan.”

Justeru boleh dilihat tiadapun ayat mengatakan “..dan memutuskan kerjasama dengan PPBM sebaik Parlimen dibubarkan” seperti dinyatakan melalui video ini. Sedangkan melalui kenyataan di Perkara 2 dan 3 ini bersifat ‘terbuka’ dan terpulang jika mahu menarik diri pada bila-bila masa sekalipun. 

Selain itu, naratif kononnya 35 Ahli Parlimen ini dikatakan telah melakukan pengorbanan besar dengan mengambil risiko berhadapan tindakan disiplin parti dilihat hanya ingin menghalalkan tindakan khianat tersebut. 

Apa yang lebih menggelikan hati iaitu pada minit ke-5.42 dipaparkan pula wajah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di depan dan diapit oleh lain-lain pemimpin UMNO – seolah-olah pembuat video ingin memberi gambaran yang signifikan dengan apa yang berlaku.

Ia mungkin tidak mempunyai apa-apa maksud tetapi bagi peneliti perkara sebeginilah yang akan membentuk persepsi dan tanggapan negatif. 

Kesimpulannya, melalui video ini bukan sahaja ‘pengorbanan’ pemimpin-pemimpin UMNO yang tidak mahu taat keputusan parti ini gagal diterjemahkan, namun yang terlihat pula adalah “jajaran baharu” antara kerajaan PN dan DAP.

Justeru kokok berderai-derai, tetapi ekor bergelumang tahi, dok mengata orang, tetapi parti sendiri mahu DAP. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts