WIRA PUTRA CADANG TINDAKAN PROAKTIF TERHADAP PENGILANG-PENGILANG

80
SHARES
259
VIEWS

KENYATAAN MEDIA EXCO PERGERAKAN WIRA PUTRA MALAYSIA 

16 Julai 2021

1. Hari ini kes harian tertinggi sejumlah 13,215 kes baharu dicatatkan sepanjang tempoh pelaksanaan PKP 3.0. Hari demi hari kenaikan kes harian yang menyumbang kepada kenaikan secara akumulatif dengan penurunan kecerunan graf menunjukkan tiada sebarang kesan positif terhadap perlaksanaan PKP 3.0 yang bermula 12 Mei 2021 yang lalu diikuti Total Lockdown bermula pada 1 Jun 2021. Selangor dan Kuala Lumpur mencatatkan kenaikkan kes secara drastic dengan peratusan kenaikan yang tinggi melebihi 100 peratus berbanding 2 minggu yang lalu.

2. Justeru itu, Wira PUTRA memandang serius dengan peningkatan angka ini yang menjadi kegelisahan di kalangan rakyat Malaysia menantikan bilakah perkara ini akan berakhir, dan adakan ia akan berakhir dengan keadaan yang baik pada diri mereka.

3. Wira PUTRA juga memohon kepada Kementerian Kesihatan Malaysia mengemukakan pecahan laporan kepada dua kategori kes secara harian, kategori pertama adalah jumlah kes secara harian bagi mereka yang belum mengambil dos kedua dengan usia dua minggu, manakala kategori kedua adalah jumlah kes mereka yang belum mengambil dos kedua vaksin.

4. Bagi kategori pertama, mereka yang positif ini, memiliki risiko yang rendah untuk menyebarkan virus Covid-19 dan dalam masa yang sama sebagai pencegahan kepada mereka yang telah mengambil dos kedua daripada sebarang kesan jangkitan, sepertimana merujuk kepada Centers for Disease Control and Prevention (CDC). Manakala bagi kategori kedua adalah mereka yang ada kebolehjangkitan yang tinggi setelah disahkan positif Covid-19.

5. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri melalui laporan Utusan Malaysia bertarikh 28 Jun 2021 yang lalu, menafikan sektor pembuatan dan pengilangan menyumbang kepada peningkatan kes positif Covid-19 yang mana melibatkan 5 hingga 10 peratus kes. Untuk makluman, bilangannya tetap ada, namun walaupun peratusan kes melibatkan sektor ini rendah, namun secara umumnya mereka yang terlibat dalam sektor ini boleh menjadi medium penyebar kepada komuniti setempat sepanjang tempoh pergerakan pergi dan pulang antara tempat kerja dan penginapan.

6. Untuk itu, Wira PUTRA mencadangkan, mana-mana kilang yang dibenarkan beroperasi perlu menyediakan ruang penginapan anggota kerja mereka dalam ruang lingkup kilang tersebut sepanjang tempoh PKP 3.0 dilaksanakan. Mereka ini tidak boleh sama sekali untuk keluar daripada kawasan kilang yang mana pihak majikan perlu menyediakan segala kelengkapan makanan dan keperluan lain. Pihak swasta perlu memainkan peranan yang penting dalam menjayakan aspirasi Kerajaan Malaysia untuk menurunkan kadar kes harian dan kebolehjangkitan ini.

7. Selain daripada itu, MITI perlu memastikan kilang-kilang yang dibenarkan beroperasi tidak sama sekali meningkatkan kadar pengeluaran sedia ada, dan memastikan operasi kilang-kilang secara optimum dengan keperluan penduduk tempatan sepanjang tempoh PKP 3.0 ini.

8. Sekiranya PKP3.0 ini dilaksanakan secara tanpa tujuan yang holistik, akan memberikan kesan kepada bukan sahaja ekonomi negara, malah ekonomi masyarakat setempat di mana mereka ini tergolong dalam B40 yang kebanyakannya melibatkan orang-orang Melayu. Ini akan memberikan peningkatan ketara kadar kemiskinan di Malaysia.

Sekian.

Mohamad Izwan Bin Zainal

Exco Wira PUTRA Malaysia

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts