CIRIT-BIRIT LEBIH PENTING DARIPADA UMUM PEMBATALAN ORDINAN DARURAT?

378
SHARES
2.2k
VIEWS

Menjadi sindiran ramai ekoran pengumuman kerajaan secara tiba-tiba apabila diasak mengenai pengisytiharan darurat dan ordinan-ordinannya bahawa ia telah dibatalkan (revoke) pada 21 Julai iaitu 5 hari yang lepas.

Jika Pejabat Perdana Menteri (PMO) sebelum ini sebegitu teruja untuk membuat makluman bahawa Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin mengalami diarea atau cirit-birit, kenapakah isu sebesar ini tidak dimaklumkan lebih awal?

Jika isu cirit-birit ini hanya melibatkan seorang individu malah tidakpun seserius mana kerana Perdana Menteri masih boleh ke sana dan ke sini, namun isu ordinan ini melibatkan rakyat seluruh negara malah terkait dengan YDP Agong dan Raja-raja Melayu lainnya, maka kenapakah ia dipandang ringan?

Kenapakah isu cirit-birit dibesar-besarkan sedangkan ia menimbulkan kesipuan yang tidak terhingga kepada Mahiaddin, seolah-olah PMO ingin mensabotaj ketuanya sendiri, manakala isu penbatalan ordinan ini pula ‘dikecil-kecilkan’ sedangkan ia mempengaruhi keseluruhan 32 juta rakyat di negara ini?

Ada apa istimewanya cirit-birit berbanding pembatalan ordinan darurat sehinggakan mendapat liputan pengumuman secara eksklusif oleh PMO?

Apakah ‘signal‘ yang ingin disampaikan kepada Istana dan rakyat? Tidakkan Menteri Undang-undang dan PMO sedar apa yang dilakukan mereka memberikan implikasi yang sangat besar untuk negara? 

Jika pengumuman cirit-birit dilakukan sebagai ‘signal’ untuk memberitahu bahawa Perdana Menteri tidak sihat untuk bertemu YDP Agong, maka adakah tidak memberikan makluman mengenai pembatalan darurat ini merupakan ‘signal‘ bahawa mereka tidak mahu ia diketahui oleh baginda?

Apa dalih, dalil atau alasan mereka kali ini tanpa mendapatkan perkenan baginda terlebih dahulu tidak seperti ketika ingin mengisytiharkan darurat dan ordinan-ordinannya sebelum ini?

Maka adakah benar seperti cakap-cakap rakyat ketika ini bahawa Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin sebenarnya takut berdepan realiti dan malu hendak berjumpa dengan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong?

Apa kata PMO dalam hal ini? Adakah akan umum Perdana Menteri tercirit lagi? 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts