SPEAKER DEWAN NEGARA ‘TUNGGUL’ KE? KENAPA TIDAK TEGUR KEBIADABAN SPEAKER DEWAN RAKYAT?

442
SHARES
2.6k
VIEWS

1. Speaker Dewan Negara yang konon pakar Perlembagaan mungkin boleh mengulas sedikit kemelut semalam. Walaupun beliau ahli PPBM, menghuraikan kemelut yang bersimpul semalam adalah lebih penting. Kesetiaan kepada Raja dan negara adalah lebih penting dari mengawal kedudukan.

2. Seringkali Tan Sri Rais dirujuk sebagai pakar undang-undang. Beliau juga pernah menjawat jawatan ‘de facto‘ menteri undang-undang. Tetapi mengapa dalam kemelut ini, beliau masih lagi belum mengemukakan pendapat beliau yang sering dipandang tinggi oleh sebilangan besar masyarakat awam? 

3. Perdana Menteripun sudah jawab melalui kenyataan media tidak ‘bernama’ menyanggah kenyataan daripada Istana Negara yang ‘bernama’ dan ‘berjawatan’. Ini memudahkan Tan Sri Rais membuat perbandingan dan mengulas kedua-dua kenyataan ini dari sudut perundangan.

4. Masyarakat awam hendak dengar ulasan, apakah “telah memaklumkan” kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong melalui wakil dan secara maya itu boleh dianggap sebagai perkenan baginda. Adakah membalas kenyataan Istana Negara melalui kenyataan media juga satu kebiasaan bagi masyarakat Melayu yang kaya dengan adab dan tatasusila?

5. Tan Sri Rais Yatim punya pengetahuan yang tinggi dalam ilmu perundangan. Beliau juga seorang budayawan yang kaya dengan dengan madah dan santunnya. Soalnya kini, di manakah beliau? Beliau bukan ‘kaleng-kaleng’ kedudukan dalam sistem pemerintahan negara. Beliau adalah Yang DiPertua Dewan Negara.

6. Suatu kedudukan yang ‘super‘ kanan dalam negara. Beliau juga sebahagian dari badan legislatif negara. Tentunya pandangan beliau boleh membawa ‘sesuatu’ dalam kemelut yang melanda negara kini.

7. Soalnya, mahukah Tan Sri Rais bersuara? Sebagai seorang pakar “membina jambatan baru”, mungkin beliau masih berkira-kira mahu menyuarakan pandangan. Jika tidak, buang saja Ijazah Kedoktoran Undang-undang ke bakul sampah.

8. Mahu menjadi katak dan belut yang licin tidak perlukan ijazah yang tinggi. Cukup sekadar membakar jambatan lama dan membina jambatan baharu selepas itu…

Paku Warren

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts