“PERLEMBAGAAN IS NON NEGOTIABLE” – TOK MAT

194
SHARES
627
VIEWS

Rakyat Malaysia telah menyaksikan pelbagai parti politik dan Ahli Parlimen tampil dengan kenyataan menolak kepimpinan Perdana Menteri.

Semua ini membolehkan kita merumuskan bahawa Perdana Menteri telah hilang sokongan majoriti di Parlimen.

Khabar bahawa Istana Negara telah menulis untuk mendapatkan pengesahan Speakar Dewan Rakyat tentang jumlah sokongan Ahli Parlimen terhadap Perdana Menteri jelas membuktikan bahawa Istana Negara sangat meragui dakwaan Perdana Menteri bahawa beliau masih mempunyai majoriti.

Tindakan ini adalah ‘unprecedented’ dan meletakkan kewibawaan Perdana Menteri pada tahap yang tidak boleh diyakini dalam tindakan dan kenyataannya.

Malah dakwaan masih mempunyai majoriti oleh Perdana Menteri adalah tindakan yang tidak berpelembagaan. Apatah lagi beliau sengaja menunda pengesahannya di Parlimen tanpa alasan yang wajar.

Nampaknya DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong sangat bersungguh-sungguh mempertahankan Perlembagaan Negara dengan bertindak mengikut lunas Perlembagaan.

Perdana Menteri pula jelas menggunakan Perlembagaan untuk kelangsungan hayat politiknya dan bukan untuk memelihara kewibawaan institusi Perdana Menteri.

Tindakan Perdana Menteri yang nyata hilang keabsahan dan kelayakan setelah hilang sokongan majoriti dan tidak bertindak segera meletakkan jawatan akan menyebabkan pelbagai tindakan yang diputuskan oleh Kerajaan mempunyai risiko perundangan yang besar.

Semua keputusan Eksekutif tersebut boleh dicabar keabsahan dan keperlembagaannya. Ini meletakkan Kerajaan dalam kedudukan terdedah kepada pelbagai pertikaian undang-undang dan risiko kerugian kewangan.

Bagi mengelakkan negara terus berada dalam kancah kecelaruan Perlembagaan sebegini, wajarlah pihak Eksekutif tampil dan melakukan tindakan yang benar dan berperlembagaan.

Mereka harus memudahkan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong melaksanakan tugas Perlembagaan baginda dan bukan bertindak sebaliknya.

Tiada yang lebih penting kepada seorang Perdana Menteri selain melaksanakan tanggungjawabnya selari dengan batas dan mandat yang diperuntukkan oleh Perlembagaan.

Perdana Menteri waktu ini nampaknya bersendirian mempertahankan kedudukan yang tidak boleh dipertahankan lagi. Beliau seharusnya tahu bahawa Perlembagaan “is non-negotiable“. 

Dato Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

https://www.facebook.com/118486628162416/posts/4586823877995313/

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts