TAWARAN MAHIADDIN KEPADA DAP-PH BUKTIKAN UMNO DIFITNAH SELAMA INI

202
SHARES
650
VIEWS

Penawaran untuk bekerjasama dalam kerajaan ‘bi-partisan‘ seperti yang dicadangkan oleh Tan Sri Mahiaddin Yassin antara Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan termasuk PKR dan DAP hanya membuktikan satu perkata besar iaitu UMNO dan Presidennya difitnah selama ini.

Selain itu, naratif ini turut digunakan untuk mempengaruhi PAS dan Menteri-menteri UMNO yang setia kepada Perikatan Nasional walau hakikatnya mereka sendiri tahu ia tidak benar. Malah beberapa NGO Islam yang pro Perikatan Nasional dan mendapat bantuan dana daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO) turut ‘disumbat’ dengan fitnah ini.

Diharapkan kali ini semua pihak membuka mata dan dapat keluar daripada kepompong fitnah. Lebih menarik apabila si pembuat fitnah itu sendiri yang mengakui secara terbuka akan menjalin kerjasama dengan DAP-Pakatan Harapan yang dilihat oleh satu dunia.

Lebih mengejutkan apabila ada Menteri PAS iaitu Datuk Takiyuddin Hassan turut menyambut baik dan menyokong kenyataan media Perdana Menteri yang mengajak kepada kerjasama tersebut.

Beliau dipetik berkata, “Masa untuk kita bersama, kepentingan negara dan rakyat atasi segalanya… united we go stronger and go forward together“. 

Rujuk pautan;

https://mobile.twitter.com/takiyuddin61/status/1426131214377787398

Adakah beliau telah mendapat perkenan PAS untuk menyokong tindakan Mahiaddin bekerjasama dengan DAP-Pakatan Harapan? Apa pula kata Dewan Ulamak Pusat PAS (DUPP) mengenai kerjasama ini?

Malah ini bukan kali pertama Takiyuddin mendahului PAS dengan mengeluarkan kenyataan tidak wajar sebegini. Sebelum ini juga beliau dilihat mengeluarkan kenyataan bahawa YDP Agong tidak meletakkan tarikh untuk Sidang Parlimen – yang dikecam teruk oleh ahli-ahli PAS sendiri sehinggakan ada yang mula beralih arah kepada PAN.

Justeru semuanya telahpun terdedah dengan sendirinya malah seluruh rakyat perlu berterima kasih kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO) kerana menyediakan teks tersebut. Jika tidak, tiada siapapun tahu kerjasama Perikatan Nasional dengan DAP itu yang turut membuktikan selama ini UMNO hanya difitnah.

Semoga semuanya muhasabah dan bertekad tidak akan mengulangi fitnah lagi selepas ini.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts