• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Friday, January 27, 2023
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

PERDANA MENTERI ATAU PENGERUSI MAGERAN?

Perlu diingat ketika ini kuasa membuat keputusan berada pada YDP Agong Al-Sultan Abdullah sepenuhnya

Kamarool Haidi by Kamarool Haidi
August 19, 2021
in Semasa, Utama
0
PERDANA MENTERI ATAU PENGERUSI MAGERAN?
36
SHARES
400
VIEWS

Polemik siapa Perdana Menteri kesembilan akan berakhir tidak lama lagi selepas YDP Agong selesai mempengerusikan mesyuarat bersama Raja-raja Melayu yang dijadualkan hari ini, Jumaat, 20 Ogos 2021. Kemungkinan juga dengan tiada siapa yang mendapat sokongan majoriti maka YDP Agong akan melantik sesiapa sahaja dalam kalangan pemimpin yang beliau percayai boleh membantu negara menyelesaikan krisis pandemik dan ekonomi yang dihadapi negara ketika ini.

Akibat daripada kegagalan kerajaan Perikatan Nasional walaupun mendapat kuasa penuh di bawah pengisytiharan darurat selama lebih enam bulan bermula 11 Januari lepas sehingga 1 Ogos termasuk menggantung Parlimen, negara menyaksikan peningkatan kes sebanyak tujuh kali ganda berbanding sebelum darurat diisytiharkan. Selain itu, pihak Istana juga murka serta berdukacita atas keengganan Perikatan Nasional membuka sidang tersebut walaupun berkali-kali YDP Agong memberi nasihat agar ia diteruskan bagi membahaskan darurat dan ordinan-ordinannya.

Maka sekiranya majoriti kabinet lama dikekalkan walaupun negara mendapat Perdana Menteri baharu, ia tidak akan memberikan kesan signifikan seperti yang diharapkan oleh YDP Agong dan rakyat, malah dikhuatiri negara akan terjerumus ke dalam krisis yang lebih buruk akibat ‘legasi’ kegagalan kerajaan sebelum ini diteruskan pula oleh Perdana Menteri baharu yang melantik semula Menteri-menteri lama Perikatan Nasional, walaupun mereka diberi portfolio berlainan.

Justeru ada pandangan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong akan menubuhkan Majlis Gerakan Negara atau MAGERAN dan melantik seorang pemimpin selaku Pengerusi yang baginda yakini boleh membantu Kerajaan YDP Agong keluar daripada kemelut yang berpandangan dan tidak berkesudahan ini. Pandangan ini berlandaskan situasi politik terkini yang menuntut ‘perang’ habis-habisan ke atas pandemik Covid-19 dan juga usaha memulihkan ekonomi negara.

Tanggungjawab hanya diberikan kepada mereka yang benar-benar mahu menyelesaikan masalah dan bukannya menggunakan kesempatan tersebut untuk menjayakan ‘pembelian’ Ahli-ahli Parlimen dan juga penawaran “scheme of thing” yang sudahpun lama terdedah. 

Pengerusi MAGERAN juga tidak akan dipengaruhi oleh mana-mana gerakan mencatur yang telahpun dilakukan dengan menyenaraikan  nama-nama Menteri Kabinet sedangkan tumpuan utama khusus kepada usaha mengatasi pandemik dan memulihkan ekonomi negara belum tentu berjaya dilakukan. Kemudiannya setelah negara pulih maka boleh Parlimen dibubarkan untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15.

Rakyatpun sudah muak dengan percaturan dan campur tangan ahli-ahli politik yang rasa diri mereka berkuasa penuh kononnya untuk menjadi ‘playmaker‘ walaupun hakikatnya diri masing-masing tidak mempunyai sokongan penuh Ahli-ahli Dewan. Kelak jika berjaya mendapat sokongan majoriti sekalipun, belum tentu di Parlimen kelak mereka tidak akan dijatuhkan melalui usul undi percaya bagi menentukan keabsahannya.

Ini dibuktikan apabila sekali lagi titah baginda dilanggar apabila Tan Sri Mahiaddin Yassin dan Perikatan Nasional terang-terangan meletakkan syarat sedangkan YDP Agong terlebih dahulu menitahkan bahawa sokongan hendaklah jelas, terang dan tanpa syarat. Selain itu berlaku pula insiden memalukan apabila perbualan dengan YDP  Agong dirakam oleh Ahli Parlimen PAS yang terlibat, sehingga menyebabkan satu negara mengecam perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. 

Jika begini sikap Perikatan Nasional, dikhuatiri sekali lagi negara akan berdepan dengan krisis akibat kejatuhan pemimpin yang hilang majoriti di dalam Dewan Rakyat dan sekali lagi YDP Agong terpaksa berdepan dengan kerenah Ahli-ahli Parlimen yang tidak mempunyai sokongan jitu namun bernafsu besar dan rakus untuk menjadi Perdana Menteri. 

Rakyat muak, letih dan menyampah melihat percaturan politik dan perebutan kuasa yang akhirnya menyebabkan satu negara menjadi mangsa dan merana. 

Cukup-cukuplah. 

Tags: MAGERANPerdana MenteriPerikatan NasionalYDP Agong
Previous Post

JIKA ISMAIL SABRI DILANTIK PERDANA MENTERI, ADAKAH HAMZAH TIMBALANNYA?

Next Post

PM BAHARU BAGAI “TELUR DI HUJUNG TANDUK”

Kamarool Haidi

Kamarool Haidi

Related Posts

UMNO TIDAK RELEVAN? – DR. RAMALAN YUNUS

UMNO TIDAK RELEVAN? – DR. RAMALAN YUNUS

January 15, 2023
SYARIKAT BERKAITAN KELUARGA TURUT TERLIBAT ISU RM600 BILION

SYARIKAT BERKAITAN KELUARGA TURUT TERLIBAT ISU RM600 BILION

December 6, 2022
DANA JUDI: PN AKAN SAMAN JIKA ANWAR GAGAL KEMUKA BUKTI

DANA JUDI: PN AKAN SAMAN JIKA ANWAR GAGAL KEMUKA BUKTI

December 6, 2022
MAHIADDIN WAJAR BERHENTI MERENGEK DAN MEROYAN – ZAHID

MAHIADDIN WAJAR BERHENTI MERENGEK DAN MEROYAN – ZAHID

December 4, 2022
RENUNGAN BERSAMA BUAT TUAN GURU TAN SRI HADI AWANG

RENUNGAN BERSAMA BUAT TUAN GURU TAN SRI HADI AWANG

November 25, 2022
KENAPA TIBA-TIBA PN BOLEH BERSAMA PH DALAM KERAJAAN PERPADUAN?

KENAPA TIBA-TIBA PN BOLEH BERSAMA PH DALAM KERAJAAN PERPADUAN?

November 24, 2022

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In