ANTARA MEMILIH ‘KHIDMAT’ ATAU ‘KUASA’ – SHAHRIR SAMAD

361
SHARES
2.1k
VIEWS

Oleh Tan Sri Shahrir Samad

Kuasa dan kedudukan harus dibezakan. Kedudukan dengan berbagai kesenangan dan keistimewaan boleh membuat seseorang ahli politik lupa daratan dan terbina juga pemisah antara pemilik kedudukan itu dengan orang biasa.

Dalam soal di antara khidmat dan kuasa pula, kedua-dua Ahli Parlimen Teluk Intan dan Alor Gajah buat kali pertama bertanding dan menang kedua-dua kawasan Parlimen itu pada PRU-14.

Mereka dipilih pengundi tanpa perlu membuktikan rekod perkhidmatan mereka kepada pengundi kawasan tersebut.

Sebaliknya, saya ditolak oleh pengundi Johor Bahru walaupun saya berani berkata rekod perkhidmatan saya selaku Ahli Parlimen tidak tercalar oleh penyalahgunaan kuasa mahupun terdorong oleh kepentingan diri.

Kerana sebab itu, saya menganggap pengundi pada PRU-14 tidak mahu kepada khidmat wakil rakyat. Mereka mahukan Pakatan Harapan berkuasa dan sedia menolak rekod khidmat Barisan Nasional, bagaimana baik sekalipun perkhidmatannya.

Pandemik COVID-19 menegas kembali semangat kemasyarakatan yang menjadi teras politik khidmat. Kuasa semasa pandemik tidak meredakan wabak jangkitan virus itu. Khidmat, sebaliknya, mampu menentukan penyampaian bantuan kepada mereka yang terkesan dari wabak virus itu.

Pada PRU-14, pengundi memilih ‘kuasa’ daripada ‘khidmat’ dan kesan dari pilihan itu ditanggung oleh rakyat keseluruhan dan negara sendiri. Kesannya lebih awal dari kesan wabak COVID-19. Kini, soal yang sama bakal dihadapi oleh pemilih pada PRU-15.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts