KU LI GUSAR DEMOKRASI SEMAKIN ROSAK AKIBAT DARIPADA RASUAH POLITIK

344
SHARES
2k
VIEWS

Ahli Parlimen Gua Musang yang juga bekas Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO  Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah berasa semakin gusar dengan apa yang berlaku di negara kebelakangan ini apabila rasuah politik dan penawaran imbuhan serta jawatan semakin berleluasa sehingga menurutnya, tiada makna lagi pilihan raya umum diadakan.

Ini kerana selepas pilihan raya berakhir, akan ada pihak yang menguasai tampuk pimpinan negara akan membuat penawaran tertentu untuk membolehkan beberapa individu khianat parti untuk melompat dan memihak kepada perasuah politik demi kekal berkuasa. Rasuah politik secara keji begini akan berpanjangan dan tidak berkesudahan selagi reformasi politik dan Parlimen tidak diadakan secara menyeluruh.

Perkara ini dibangkitkan beliau dalam sesi ucapan di Dewan Rakyat semalam dan sejurus selepas itu beliau membuat satu sidang media di luar Parlimen bagi menjelaskan isu tersebut termasuk mengenai ‘nullity‘ penghakiman terhadap pengharaman UMNO yang berlaku pada tahun 1988 yang menurutnya dibuat secara tidak sah dan sepatutnya terbatal.

Menurut Ku Li lagi, mahkamah ketika itu tersalah hukum kerana “UMNO asal” tidak pernah melanggar undang-undang negara dan juga tidak pernah berlaku salah terhadap sebarang pentadbirannya yang membolehkan ia diharamkan.

Justeru saranan Ku Li ini baik mengenai Parlimen ataupun UMNO, ia wajar diberikan perhatian sebaik mungkin. Sebagai veteran dalam politik yang telah berkecimpung selama lebih 50 tahun dalam dunia politik negara, beliau juga merupakan satu-satunya Ahli Parlimen yang kekal konsisten menolak kerjasama dengan parti Bersatu dan meminta partinya keluar daripada Perikatan Nasional sejak daripada awal.

Sebagai rekod, beliau juga sebelum ini telah meletakkan jawatan selaku Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO melalui sepucuk surat yang diutuskannya kepada Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 20 September lepas.

Semoga UMNO dapat memulihkan atau ‘undo’ segala jenis kerosakan yang telah dibuat oleh Pakatan Harapan sebelum ini dan gagal dibetulkan oleh Perikatan Nasional.

Kali ini rakyat tentu lebih bijak menilai antara kerajaan yang berkhidmat untuk rakyat dan kerajaan yang hanya mahu kekal berkuasa tetapi tidak mempedulikan rakyatnya.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts