DAP UMPAMA API, BAHAYA APABILA BESAR 

394
SHARES
2.3k
VIEWS

Oleh Lau Chin Kok

Parti Tindakan Demokratik (DAP) didaftarkan pada Mac 1966 untuk meneruskan nyawa Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Malaysia setelah pendaftaran PAP dibatalkan susulan perpisahan Singapura daripada Persekutuan Malaysia pada 9 Ogos 1965.

Justeru, DAP ditubuhkan bukan untuk memperjuangkan kepentingan rakyat Malaysia, tetapi untuk melanjutkan perjuangan berdasarkan semangat PAP yang telah terbukti tidak sesuai dengan masyarakat majmuk di sini.

Sejak dari awal DAP mengambil sikap curiga terhadap kaum bukan Cina. Antara prinsip-prinsip perjuangan DAP yang ditekankan dalam Deklarasi Setapak 1967 termasuk mahu bertindak untuk mengelakkan daripada berlakunya hegemoni perkauman oleh mana-mana komuniti. “Mana-mana komuniti” di sini jelas ditujukan kepada golongan Melayu-Islam serta Raja-raja Melayu.

Sentimen perkauman Cina serta ideologi “Malaysian Malaysia” DAP setakat ini nampaknya berjaya menghasut kaum bukan Melayu untuk membenci UMNO, sambil melemahkan MCA dan MIC sebagai rakan UMNO dalam Barisan Nasional (BN), sebuah gabungan politik sederhana yang sentiasa membuat keputusan berdasarkan konsensus parti-parti komponennya.

DAP yang berkuasa tidak baik kepada negara kerana parti itu mudah menjadi besar kepala dan lupa diri sehingga bertindak sewenang-wenangnya tanpa menghiraukan perasaan orang lain.

Menurut laporan rasmi Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang dipengerusikan oleh Almarhum Tun Abdul Razak Hussein, tindakan DAP mengadakan perarakan jalanan meraikan kemenangan mereka dalam pilihan raya pada 1969 dengan menghambur sentimen perkauman terhadap bangsa Melayu menjadi pencetus kepada rusuhan kaum yang mengorbankan lebih 2,000 nyawa.

Sepanjang 22 bulan DAP berkuasa susulan kemenangan Pakatan Harapan pula, kita melihat komunisme dijulang dengan perhimpunan veteran Parti Komunis Malaya dan beberapa seminar yang mengungkit sejarah kekejaman komunis yang ingin ‘diputihkan’. DAP juga dengan angkuhnya menuntut pemilikan tanah 999 tahun serta mengeluarkan kenyataan rasmi kementerian dalam tulisan Mandarin, bukannya menggunakan Bahasa Kebangsaan. Malah, pensyarah Syiah dan pejuang LGBT turut diberi ruang menulis secara rasmi dalam media cetak.

Masih ada yang taksub pada DAP?

Dipetik daripada laman Facebook beliau di pautan; https://www.facebook.com/123238147811522/posts/2348878495247465/

(Penulis merupakan Ahli Jawatankuasa Pusat MCA dan Naib Pengerusi MCA Bahagian Puchong)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts