KENAPA SPRM TIDAK PULANGKAN SEGERA DANA MEIO KEPADA NEGARA ASALNYA?

258
SHARES
833
VIEWS

Jika portal Edisi Siasat tidak menjadi ‘whistle-blower‘ mengenai kehilangan wang dana yang dirampas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berjumlah sekitar USD6 juta yang diamanahkan kepada MEIO bagi satu operasi sulit mencegah keganasan rentas sempadan, tentu tiada siapa yang mengetahuinya sehingga kini.

Mengenai isu mereka tersalah lapor bahawa kononnya kecurian wang tersebut hanya disedari apabila Datuk Hasanah menuntut kembali ‘wang’ beliau itu perlu dibetulkan dan sepatutnya perkara ini disemak terlebih dahulu sebelum sebarang berita disiarkan.

Bekas Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan itu juga telah membuat laporan polis berkaitan isu ini yang langsung tiada kena mengena dengan beliau kerana wang tersebut telah diarahkan oleh mahkamah sebelum ini untuk dipulangkan kepada pemilik asalnya iaitu salah sebuah negara luar yang selama ini bersahabat baik dengan negara ini.

Rujuk pautan “Kenyataan penuh laporan polis Datuk Hasanah berkaitan kecurian wang di MEIO” di pautan; https://editormalaysia.com/24225/

Sungguhpun begitu, konspirasi dan tindakan jenayah terancang mencuri dana puluhan juta ringgit dan menukarkannya dengan wang palsu ini wajar disiasat habis-habisan agar dalang utamanya dapat  dibawa ke muka pengadilan dan nama SPRM dapat segera dipulihkan.

Apa yang sangat dikesalkan, masih ada dalam kalangan penjawat awam atau individu tertentu yang mengambil kesempatan di sebalik susah-payah kerajaan dan rakyat mengharungi pandemik selama ini dan masih memikirkan kekayaan diri sendiri yang cuba didapatkan dengan cara yang salah termasuk mencuri wang milik negara lain.

Ini tentu sahaja menimbulkan masalah bukan sahaja rakyat hilang kepercayaan kepada badan pencegahan rasuah tersebut tetapi masalah lebih utama ia berkaitan dengan keyakinan dan kepercayaan negara luar yang selama ini baik dan bersahabat dengan Malaysia serta saling bantu-membantu dalam hubungan dua hala.

Jika isu ini dilihat kecil serta hanya diambil mudah oleh kerajaan dan jika ia dianggap sebagai insiden terpinggir mengenai kecurian dan salah laku penjawat awam, tentu kerajaan dan negara akan rugi besar dan secara langsung akan terkena tempiasnya kelak. Ini bukan lagi insiden kecurian tetapi terkait dengan masalah diplomatik bilateral. 

Ini kerana jika masih diingat kejadian sebelum ini di bawah Pakatan Harapan apabila Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Bibi Koya membocorkan rakaman audio suara bekas Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak bersama Putera Mahkota Abu Dhabi yang juga Timbalan Komander Tertinggi Angkatan Tentera Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan. Tentu negara masih boleh melihat dan merasai implikasinya serta menanggung rugi sehingga kini apabila negara sahabat tersebut beralih melabur beratus bilion ke negara jiran Indonesia.

Rujuk artikel “Demi malukan Najib, hubungan diplomatik tergadai” di pautan; https://editormalaysia.com/12664/

Sudahlah kini negara semakin kurang diyakini kerana gagal membantu menjalankan operasi keselamatan serantau yang diamanahkan oleh negara sahabat itu setelah ia dihentikan apabila laporan kepada SPRM dibuat, malangnya wang dana yang sepatutnya dipulangkan juga gagal dilakukan.

Perdana Menteri dan kerajaan perlu bertindak telus dan mendepani hal ini dengan saksama agar ia tidak lagi berulang di masa hadapan dan menjejaskan hubungan antara negara yang selama ini baik dan meyakini negara untuk menjalankan operasi bersama.

Semoga Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dapat menangani hal ini dan bertemu sendiri dengan Datuk Hasanah untuk mengetahui hal yang sebenarnya dan membetulkan kembali apa yang berlaku selama ini di MEIO. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts