RMK-12: ULASAN DAN KENYATAAN BIRO EKONOMI PARTI PUTRA

360
SHARES
2.1k
VIEWS

28 September 2021

RMK-12 telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 September 2021 di Dewan Rakyat. 11 RMK sudah berlalu. Ada kejayaan dan tidak sedikit kegagalan. Jika diambil kira peruntukan memang sudah berjumlah trilion banyaknya tetapi kaum peribumi majoriti masih lagi menderita, ibarat kais pagi makan pagi dan apabila Covid-19 menyerang, ada rakyat terpaksa mengangkat bendera putih. Malu dan sedih. 

KEHEBATAN DASAR DAN MATALAMAT TIDAK BERERTI JIKA PERLAKSANAAN TIDAK BETUL, BERLAKU KETIRISAN DAN RASUAH. SALAH GUNA KUASA, NEPOTISME, KRONISME DAN PEGAR MAKAN PADI

Sama-sama kita menyusuri perjalanan dan perlaksanaan RMK-12:

i. 3 Tema
ii. 4 Pemangkin dasar
iii. 14 Pemacu perubahan

9 Fokus utama RMK-12

1. Merancakkan pertumbuhan ekonomi

Pada dasarnya nampak cantik tapi perlaksanaan selalu mengecewakan dengan banyak birokrasi seperti janji terdahulu. Perlu ada perubahan struktur organisasi, polisi yang telus dan tindakan yang cepat.

Perlukan perincian cara bagaimana membantu PMKS (yang merangkumi 97.2 peratus daripada jumlah keseluruhan perusahaan), jangan hanya tertumpu kepada industri besar sahaja. Ramai dalam golongan B40 dan M40 berada dalam kelompok ini yang terjejas teruk semasa pandemik berlaku.

2. Memperkukuh Pemangkin pertumbuhan

Kementerian Komunikasi perlu ‘memaksa’ syarikat-syarikat komunikasi melabur dalam menara pemancar ke semua kawasan terutama kawasan pedalaman dan luar bandar serta akan diberikan insentif percukaian. Kerajaan tidak perlu menyediakan menara pemancar. Ini penting kerana untuk menjadikan negara maju sekaligus mentranformasikan PMKS serta meningkat kualiti pelajaran di peringkat sekolah dan di institusi pengajian tinggi.

Beri bantuan percuma kepada golongan bersasar (seperti B40 dan M40) serta subsidi pada yang lain untuk membeli atau memperoleh peranti atau gajet bagi kegunaan mereka.

Jika perlu laksana “smart partnership” bersama syarikat-syarikat luar negara.

3. Meningkatkan kesejateraan keluarga

Perlu wujudkan satu jabatan khas untuk mengendalikan bantuan kepada rakyat yang mengalami pengangguran, dibuang kerja dan keluarga termiskin bagi membela nasib mereka ini di peringkat nasional, dengan kerjasama jabatan kebajikan masyarakat dan baitulmal.

4. Memantapkan keselamatan dan ketenteraman awam

-tiada-

5. Membasmi kemiskinan tegar dan merapatkan jurang pendapatan

Perlu diwujudkan sistem bayaran gaji minima dan sektor korporat wajar mematuhinya dan bukan hanya mementingkan keuntungan sahaja.

Sekiranya perlu, perkenalkan kembali cukai keuntungan berlebihan.

Mengutamakan tenaga kerja daripada rakyat tempatan yang turut diberikan insentif cukai.

6. Memperkasa agenda Bumiputera dan keluarga Malaysia

Permudahkan segala urusan untuk menyalurkan bantuan kewangan, peralatan dan nasihat kepada syarikat Bumiputera.

7. Melonjakkan pembangunan Sabah, Sarawak dan negeri-negeri kurang membangun

Pembinaan kawasan industri dan gedung perniagaan perlu diwujudkan di semua negeri supaya ada pembangunan fisikal dan juga pembangunan manusia. Ini akan menyebar (spread) penduduk atau rakyat Malaysia ke seluruh negara dan bukan tertumpu kepada beberapa negeri sahaja.

Beri tumpuan kepada generasi kedua dan ketiga rancangan Felda, Felcra dan sebagainya.

8. Mempercepatkan pertumbuhan hijau

-tiada-

9. Meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam dan memastikan perlaksanaan dasar yang berkesan

Memantau dan mengambil tindakan terhadap penjawat awam yang menyalahgunakan kuasa. Kerajaan juga perlu mengambil tindakan kepada pemberi-pemberi rasuah.

Pastikan pemberi projek atau tender adalah telus dan menyeluruh, jangan hanya diberikan kepada syarikat-syarikat tertentu sahaja. Jika perlu, wujudkan konsortium atau kerjasama antara syarikat ternama dan syarikat baharu (startup company).

Sekiranya perlu, boleh diwujudkan undang-undang anti monopoli seperti Amerika Syarikat yang mempunyai “anti-trust law“. 

Biro Ekonomi PUTRA hanya memberi reaksi asas sahaja. Mengulangi cadangan salah satu daripada 10 Matlamat Perjuangan PUTRA saperti yang dilafazkan semasa Pelancaran PUTRA pada 29 September 2019 di Kampung Baru dan diluluskan dalam Persidangan Agung Pertama PUTRA Tahun 2020 iaitu mendesak agar diwujudkan AKTA SABOTAJ EKONOMI bagi menangani rasuah, salah guna kuasa dan ketirisan. Ia sama seperti konsep Akta Keselamatan Dalam Negeri. Perkara ini akan dihuraikan oleh Presiden Parti PUTRA Dato Paduka Dr Ibrahim Ali.

Semoga ayam berkokok, hari menjadi siang. Jimatkan air tempayan, walaupun bunyi guruh di langit.

PUTRA PERKASA NEGARA.

Oleh Prof Dr Abu Sofian Yaacob

Pengerusi Biro Ekonomi & ADT PUTRA

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts