SIASAT DAN DEDAH SEGERA PEMBOCOR OPERASI RAHSIA NEGARA

496
SHARES
1.6k
VIEWS

Sampai bila kebocoran pelbagai rahsia dan operasi rahsia negara hendak dibiarkan? Kebocoran ini bukan “biasa-biasa” kerana ia melibatkan isu keselamatan dan operasi rahsia negara selain boleh menjejaskan kredibiliti perisikan negara di mata dunia, ia juga boleh menghilangkan kepercayaan negara lain terhadap Malaysia.

Malah insiden ini juga melibatkan negara sahabat yang banyak bekerjasama dan membantu negara selama ini dalam mengatasi ancaman keganasan rentas sempadan serta melibatkan penjawat awam khusus yang bertugas menjaga keselamatan negara. Persoalannya kenapakah mereka ini dimangsakan jika tidak bersalah?

Ditambah parah dengan wang yang telah diarahkan oleh mahkamah untuk dipulangkan, kini ia dicuri pula oleh “pemegang amanah” iaitu pegawai SPRM sendiri yang menyimpan wang tersebut semasa perbicaraan masih berlangsung, kini hilang pula dalam simpanan mereka.

Tidakkah perkara ini merunsingkan? Sudahlah operasi rahsia dibocorkan, pembocornya pula masih boleh bersenang-lenang tidak dikenakan apa-apa tindakan hatta siasatan dalamanpun masih tidak dijalankan. Apa sudah jadi dengan negara ini? Keselamatan yang sepatutnya diutamakan dan negara sahabat wajib disantuni sebaik mungkin namun ia tidak berlaku.

Janganlah kerana nila setitik merosakkan susu satu belanga. Janganlah kerana ada beberapa kerat penjawat awam dalam kalangan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) yang membuat angkara akan menyebabkan keseluruhan penjawat awam terpalit sama dan dipandang buruk oleh masyarakat.

Ketua Setiausaha Negara (KSN) wajar memainkan peranan kerana ini melibatkan Akta Rahsia Rasmi negara atau OSA. Beliau wajar bertindak segera  sesuai dengan perbuatan khianat terhadap negara ini apatah lagi mahkamah telahpun membebaskan Ketua Pengarah MEIO daripada pertuduhan yang dikenakan ke atasnya. 

Apa lagi yang ditunggu oleh KSN dan Ketua Pengarah MEIO ketika ini? Kes semakin rumit, wang dana yang diberikan oleh negara sahabat pula hilang dan digantikan dengan wang palsu. Jika semakin kompleks dan memeningkan kepala, bukakan ruang kepada cadangan diwujudkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) yang telahpun dicadangkan di Parlimen pada hari Selasa, 28 September baru-baru ini. 

Bak kata Ahli Parlimen tersebut, ini melibatkan keselamatan negara, jika hal-hal keselamatan negarapun tidak boleh atau tidak mampu diselesaikan segera, janganlah kita hendak berangan-angan ingin membanteras perkara lainnya. 

Siasat, dedah dan hukum segera pembocor rahsia perisikan negara yang khianat kepada negaranya sendiri. Anda tidak layak lagi berada dalam perkhidmatan awam jika gagal menjaga rahsia negara yang selama ini dilindungi dengan darah dan air mata mereka yang telah berkorban untuknya.

Kejadian ini merupakan iktibar untuk semua tanpa mengira apapun parti dan fahaman politiknya. Kerajaan wajar didesak dan dituntut untuk menghukum pengkhianat negara dengan segera tanpa mengira siapapun mereka.

Rujuk pautan berita berkaitan;

1. “Siapa dalang dedah operasi rahsia MEIO?“;

https://editormalaysia.com/24339/

2. “Kenapa MEIO tidak bertindak terhadap pembocor Surat CIA“;

https://editormalaysia.com/4776/

3. “Senarai kebocoran melampau di MEIO“;

https://editormalaysia.com/7255/

4. “Pendakwaan mohon kes dibicara secara tertutup, kebocoran di MEIO masih belum  dibendung“;

https://editormalaysia.com/17102/

5. “Kenapa SPRM tidak pulangkan segera dana MEIO kepada negara asalnya?“;

https://editormalaysia.com/24248/

6. “Hasanah buat laporan polis insiden kecurian wang MEIO di SPRM“;

https://editormalaysia.com/24261/

7. “Hasanah sahkan wang milik negara sahabat, perlu dipulangkan“;

https://editormalaysia.com/24218/

8. “Menuntut ketelusan SPRM dalam insiden kecurian wang oleh pegawainya sendiri“;

https://editormalaysia.com/24166/

9. “Penahanan Hasanah berunsurkan politik?“;

https://editormalaysia.com/2906/

10. “Penahanan Hasanah: Perbicaraan media, apa agenda NST?“;

https://editormalaysia.com/3263/ 

11. “Kronologi membuktikan Hasanah disabotaj?“;

https://editormalaysia.com/3160/

12. “Konspirasi jatuhkan Hasanah didalangi pegawai MEIO?“;

https://editormalaysia.com/3080/

13. “Adakah SPRM mempunyai bukti kukuh menahan pegawai MEIO?“;

https://editormalaysia.com/2914/

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts