TIGA KERAJAAN SILIH BERGANTI NAMUN PEMBUNUHAN ADIB MASIH TIDAK TERSELESAI

89
SHARES
288
VIEWS

Kenyataan yang dikeluarkan oleh menteri yang tidak sepatutnya dalam insiden pembunuhan arwah Muhammad Adib dalam sebuah rusuhan telah menimbulkan kemarahan dan kekesalan dalam seluruh kalangan rakyat Malaysia terutamanya bagi masyarakat Melayu Islam dan penjawat awam.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin membuat kenyataan bahawa kes pembunuhan arwah Adib ini akan ditutup sementara sehingga kerajaan memperoleh bukti baru merupakan satu bentuk penghinaan dan ketidakadilan terhadap keluarga mangsa dan penjawat awam kerana mangsa telah dipukul ketika dihantar bertugas dalam rusuhan di sebuah kuil – yang menjadi asbab kepada kematiannya tidak lama kemudian. 

Tindakan Zuraida bukan sahaja ‘premature’ malah kementerian beliau sendiri tidak terkait  dengan pelaksanaan undang-undang jenayah maka di manakah ‘weight‘ dan logiknya beliau mengumumkan perkara tersebut? Adakah Zuraida ingin menyukakan pihak tertentu dalam Pakatan Harapan yang sebelum ini beliau dukungi sehingga berjaya menjadi kerajaan?

Malang sungguh apabila penjawat awam dihantar bertugas dan tidak mendapat pembelaan sewajarnya. Sudahlah perkara yang terjadi di zaman Pakatan Harapan ini tidak dibela di zaman Perikatan Nasional, kini diumumkan pula ia “ditutup sementara” di zaman kerajaan yang digelar Keluarga Malaysia. Bermakna sudah tiga kerajaan silih berganti namun kes Adib masih tidak terselesai malah kelihatan pula ia mahu ditutup dan tidak diteruskan. 

Tindakan Zuraida ini bukan sahaja melemahkan dan membuatkan rakyat ragu-ragu dengan kerajaan semasa malah tindakannya ini dilihat seperti mahu ‘mensabotaj’ kerajaan pimpinan Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sedangkan beliau sebelum ini turut bertegas untuk memohon kerajaan Pakatan Harapan menyelesaikan kes ini.

Selain itu tindakan Zuraida ini juga menimbulkan keraguan kerana beliau dilihat mendahului Peguam Negara, Ketua Polis Negara dan juga Menteri Undang-undang. Tindakan beliau ini wajar dikecam sekeras-kerasnya. Sudahlah tidak tahu membuat kerja selama ini, kini menyibuk pula dengan tugas pihak dan kementerian lain yang sehingga kini masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan untuk menafikan atau mengiyakan kenyataan kurang cerdik Zuraida ini.

Mungkin sudah sampai masanya ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) dalam kes pembunuhan anggota bomba yang sudah melangkaui tiga pemerintahan kerajaan. Jika Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional tidak mahu laksanakan, rakyat terutamanya umat Melayu dan Islam di negara ini menaruh harapan kepada kerajaan Keluarga Malaysia.

Semoga pembunuhan arwah Muhammad Adib akhirnya mendapat pembelaan oleh kerajaan. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts