NAZRI AZIZ PULA TERKENA SINDROM ‘NAJIBPHOBIA’

195
SHARES
628
VIEWS

Semakin ramai pemimpin dan bekas Menteri UMNO menjadi tidak waras selepas kekalahan Barisan Nasional ada PRU-14 dan mengalami sindrom ‘Najipbhobia‘.

Sindrom ini menjangkiti pemimpin UMNO pasca PRU-14 dan menyerang mereka yang lemah ingatan, mempunyai masalah hati serta tidak mampu menerima hakikat kekalahan dan akan berasa takut apabila terlintas nama ataupun hanya bayangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak di mana-mana, sama ada di alam nyata ataupun di media sosial. Ada yang paling kronik akan mengigau dan menyebut-nyebut namanya ketika tidur.

Kini, Nazri pula terkena sindrom ini. Beliau yang dianggap lantang suatu ketika dahulu mahu Datuk Seri Najib menjarakkan dirinya dari UMNO bagi memberi ruang kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjalankan tugas sebagai presiden parti.

Persoalannya, ruang bagaimana yang Zahid perlukan tidak dijelaskan oleh beliau.

Menurut Ahli Parlimen Padang Rengas itu, Najib seharusnya mengikut jejak Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyerahkan tugas kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk memimpin UMNO pada 2004.

“Jadi dalam masa yang sama sekarang Zahid dah jadi presiden, dan saya setuju dengan kenyataan Khairy Jamaluddin, Tan Sri Annuar Musa bahawa sebenarnya Najib mesti ikut apa yang telah dilakukan oleh Dr Mahathir dan Pak Lah (Abdullah) dulu.”

“Kena bagi ruang sepenuhnya kepada Zahid sebagai presiden baru. Sudah tentulah Zahid dia segan nak cakap, ini bukan soal setia atau tak setia.”

“Ini soal sayang parti apatah lagi sekarang ni Najib didakwa jadi kalau dia masih lagi tak lepas sepenuhnya pada presiden baru untuk bergerak ke hadapan susahlah kita.”

Sebagai rekod, Tun Mahathir dan Pak Lah selepas menyerahkan tugas Perdana Menteri kepada penggantinya, mereka tidak lagi aktif dalam persada politik negara dan tidak menjadi Ahli Parlimen, berbeza dengan Datuk Seri Najib yang menang di Parlimen Pekan.

Juga ketika Pak Lah dan Tun Mahathir tidak lagi menjadi Presiden UMNO, kerajaan masih belum bertukar tangan ke pembangkang dan kedua situasi tersebut amat berbeza ketika ini dan belum pernah dilalui oleh mana-mana pemimpin UMNO bahkan juga Pakatan Harapan.

Kita harapkan pemimpin UMNO yang terkena sindrom Najibphobia ini akan pulih dan mampu bangkit menjadi pembangkang yang kuat.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts