MEIO RAIH PENARAFAN SIFAR, ADAKAH KESELAMATAN NEGARA TERANCAM?

104
SHARES
337
VIEWS

Amat memalukan dan mengejutkan apabila agensi perisikan negara yang amat ‘gah’ dan pernah menjadi antara yang terbaik di rantau ini suatu ketika dahulu kini dimalukan apabila mendapat penarafan sifar daripada agensi penarafan antarabangsa. Ini berlaku apabila apabila Indeks Integriti Pertahanan Kerajaan (GDI) meletakkan penarafan amat rendah tersebut yang merupakan penarafan kritikal dan paling teruk dalam penilaian risiko perkhidmatan perisikan negara setakat ini.

Selain itu, menurut akhbar Utusan, kedudukan teruk perisikan Malaysia itu difahamkan ada kaitan ‘campur tangan’ ketara ke atas MEIO ketika era kerajaan Pakatan Harapan selepas menang Pilihan Raya Umum pada 2018. Rujuk pautan; https://www.utusan.com.my/terkini/2021/11/perisikan-malaysia-dapat-markah-sifar/

Indeks bagi tahun 2020 itu dikeluarkan oleh badan penyelidikan ketelusan antarabangsa Transparency International (TI) terhadap Jabatan Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang lebih dikenali sebagai MEIO baru-baru ini jelas membuktikan aspek perisikan Malaysia berada dalam keadaan yang amat lemah serta membimbangkan.

Selain memalukan negara, perkara ini juga tidak boleh dipandang ringan oleh mana-mana pihak kerana ia melibatkan aspek keselamatan rentas sempadan yang perlu difikirkan bersama, tidak kira sama ada di pihak kerajaan, pembangkang, NGO dan badan pemikir yang lain.

Perdana Menteri juga wajar meneliti perkara ini dan bertanya kepada Ketua Pengarah MEIO, kenapakah perkara ini berlaku sedangkan siri kebocoran dan penangkapan yang berlaku terhadap anggota agensi ini sudah lama diketahui tetapi tidakpun ditangani sehingga kini – yang menimbulkan pelbagai ‘chain reaction’ termasuk insiden kecurian wang MEIO dalam simpanan SPRM dan juga penarafan rendah yang menggemparkan ini. 

Malah siri kebocoran melampau yang berlaku sejak hari pertama Pakatan Harapan memerintah pada Mei 2018 sewajarnya diselesaikan segera dan dalang kepada kebocoran rahsia negara serta penganiayaan terhadap penjawat awam di jabatan perisikan ini wajar dihadapkan ke muka pengadilan dan bukannya dibiarkan bebas bertugas di luar negara.

Perkara ini boleh diteliti melalui pelbagai siri pendedahan melalui artikel “Siasat dan dedah segera pembocor operasi rahsia negara” di pautan; https://editormalaysia.com/24343/

Jelas, melalui hebahan terkini penarafan ini membuktikan segala kebocoran dan kebobrokan yang berlaku selama ini bukanlah andaian semata-mata malah intipati pendedahan ini telahpun diketahui oleh pemimpin tertinggi negara dan hanya menuntut keberanian masing-masing untuk memulihkannya segera. 

Semua pihak wajar duduk bersama meneliti perkara yang amat membimbangkan ini kerana jika agensi perisikan negara sendiripun ‘compromise’, bagaimana mungkin keselamatan dan kedaulatan negara boleh dipelihara sebaik mungkin?

Penarafan rendah ini wajar menjadi ‘trigger’ kepada semua pihak bahawa keselamatan negara kita kini berada “di hujung tanduk”. 

Justeru, jalan memulihkan imej MEIO ini amat mudah, lakukan siasatan di atas kebocoran yang berlaku, singkirkan pegawai-pegawai yang membocorkan pelbagai rahsia negara yang sehingga kini masih dibenarkan bertugas termasuk di luar negara serta pulihkan semula hubungan dengan agensi negara lain.

Siasat, dedah dan biarkan sistem undang-undang di negara ini mengadili mereka sebaik mungkin. Segera pulihkan dan kembalikan maruah agensi perisikan negara yang sudah sekian lama tercemar. Cukup-cukuplah. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts