DAP DAN PKR ANCAM BERSATU

111
SHARES
358
VIEWS

Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad didakwa mempunyai bukti campur tangan pihak tertentu yang cuba menghalang pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Dakwaan tersebut dibuat oleh Anggota Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid yang mengulas permintaan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang mahu beliau mengemukakan bukti jika benar ada campur tangan pihak tertentu yang menghalang pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-8.

“Bukti ada dua perkara. Bukti satu adalah chemistry antara Anwar dan Dr Mahathir, yang keduanya bukti pada tubuh yang bercakap hendak bukti itu, itu bukti dia.”

“Pada tubuhnya, pada Dr. Mahathirlah sebab dia yang akan mengenal pasti berapa lama dia mahu pegang, berapa lama dia nak serahkan, bila dia nak serahkan. Itulah buktinya.”

Abdullah Sani yang bertanding untuk jawatan Majlis Pimpinan Pusat dalam pemilihan PKR akan datang berkata beliau benar-benar yakin Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berpakat dengan Tun Daim Zainuddin – bekas Menteri Kewangan merangkap penasihat Mahathir – untuk menghalang pelan peralihan kuasa yang telah dipersetujui parti komponen Pakatan Harapan.

Diminta membuktikan dakwaan itu, Abdullah Sani membangkitkan kenyataan Daim sebelum ini bahawa tiada keperluan untuk Anwar menggantikan Mahathir sebelum PRU akan datang.

Beliau kemudiaannya berkata, kenyataan beliau berhubung isu berkenaan tidak akan mengakibatkan perpecahan dalam Pakatan Harapan.

“Tidak akan tergugat. Gugat apa? PKR dan DAP sahaja ada dekat 100 kerusi. Tak tergugat langsunglah. Tak ada tergugat.

“Yang cakap semua ini bukan parti DAP ataupun PKR. Yang bercakap ini adalah parti yang minoriti. Jangan cakap pasal perpecahan. Perpecahan tidak berlaku begitu,” kata Abdullah Sani.

Kenyataan Abdullah Sani ini jelas memberi dua maksud, yang pertama adalah menyindir parti BERSATU yang hanya mempunyai 13 kerusi Parlimen berbanding DAP dan PKR dan sekaligus memberi ancaman kepada parti Tun Mahathir.

Kedua, kenyataan beliau membuktikan pakatan yang baik antara DAP dan PKR selama ini di mana apa jua yang berlaku mustahil untuk kedua-dua parti ini dipisahkan.

Bagaimanakah BERSATU ingin menghadapi ancaman sebegini yang datang dari blok Pakatan Harapan yang mula rimas dan menyampah dengan sikap berdolak-dalik Tun Mahathir untuk menyegerakan Anwar menggantikannya sebagai Perdana Menteri, yang menjadi impian Anwar sejak 20 tahun dahulu.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts