SULAIMAN MD. ALI ANGKAT SUMPAH SEBAGAI KETUA MENTERI MELAKA KE-13

347
SHARES
2k
VIEWS

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 selepas Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan negeri. 

Majlis tersebut berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam di Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT) tengah malam tadi. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak turut hadir dalam majlis yang dilakukan secara tertutup tersebut. 

Sebagai rekod, Sulaiman, 55, dinamakan sebagai calon Ketua Menteri jika BN menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan merupakan kali kedua beliau dilantik sebagai Ketua Menteri selepas pertama kali dilantik ke jawatan itu pada tahun lalu.
Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts