TINDAKAN MYDIN HALALKAN KECURIAN DIPUJI RAMAI

339
SHARES
2k
VIEWS

Apabila banjir melanda, semua pihak terkesan hatta pendatang asing sekalipun. Tindakan terdesak mereka sehingga sanggup melanggar undang-undang dengan mencuri barangan keperluan di MYDIN Mart Taman Seri Muda turut dikecam di sebalik musibah yang melanda.

Sungguhpun begitu, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) Datuk Wira Dr Haji Ameer Ali Mydin menghalalkan setiap barangan yang dicuri tersebut selagi ia bertujuan untuk kelangsungan hidup. Dalam masa yang sama, beliau tidak menyokong tindakan tersebut namun memahami ia dilakukan akibat daripada tiada pilihan untuk meneruskan kehidupan.

Tindakan beliau ini juga mendapat reaksi positif daripada masyarakat termasuk netizen yang memuji tindakan tersebut sedangkan kerugian yang dialami olehnya bernilai jutaan ringgit. Tindakan memecah masuk dan mencuri ini tentunya tidak boleh disokong atau dibenarkan namun jiwa besar bos Mydin ini sewajarnya dicontohi.

Beliau yang juga penyumbang kepada Tabung Harapan yang sehingga kini tidak diketahui ke mana perginya sumbangan yang dikutip sebagai ‘gimik’ Pakatan Harapan untuk menunjukkan negara tidak mempunyai wang, tentu tidak memikirkan kerugian di premis tersebut ketika ini kerana jika tidak dicuri sekalipun, barangan tersebut tentu rosak akibat daripada banjir mengejut yang melanda negara.

Sebagai rekod, selain MYDIN Mart, GMart, KK Mart dan 7 Eleven turut dipecah masuk dan sehingga kini 31 warga asing telahpun dicekup polis rentetan daripada insiden tersebut. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts