PERSIDANGAN AGUNG PUTRA TAHUN 2021 KALI KE-2 SESI 20/23

342
SHARES
2k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA SETIAUSAHA AGUNG PARTI PUTRA MALAYSIA 

11 Januari 2022

1. Adalah dimaklumkan dengan mengambil kira kesukaran yang dihadapi oleh semua pertubuhan parti politik di negara ini termasuk PUTRA akibat pandemik Covid-19 dan bencana banjir besar yang melanda di beberapa buah negeri, permohonan penangguhan Perhimpunan Agung Tahunan PUTRA kali kedua yang sepatutnya berlangsung pada 24, 25 dan 26 Disember 2020 ditunda ke tarikh baharu iaitu 21, 22 dan 23 Januari 2021.

2. Berdasarkan pertimbangan, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) membenarkan penangguhan Perhimpunan Agung Tahunan PUTRA sehingga 31 Januari 2022.

3. Tarikh baharu Perhimpunan Agung Tahunan PUTRA kali yang kedua akan diadakan pada 23 Januari 2022 manakala Perasmian dan Persidangan Tahunan Sayap-Sayap PUTRA iaitu Wiranita, Wira dan Wirawati Kebangsaan akan berlangsung pada 21 dan 22 Januari 2022 bertempat di Kelab Sultan Suleiman, Kampung Baru Kuala Lumpur.

4. Perhimpunan Agung Tahunan PUTRA kali kedua bagi tahun 2021 akan diadakan pada hari Ahad, 23 Januari 2022, bersamaan 19 Jamadil Akhir 1453H bertempat di Kompleks MITEC, No. 8, Jalan Dutamas 2 Kuala Lumpur.

5. Kehadiran para perwakilan PUTRA daripada seluruh negara serta Bahagian yang berjaya mengadakan Persidangan Tahunan di Bahagian masing-masing. Mesyuarat Bahagian Tahunan mencatatkan kehadiran sekitar satu ribu orang dan 95 Bahagian telah selesai menjalankan amanah parti dengan ahli jawatankuasa yang baru dipilih semasa Persidangan Tahunan Bahagian seperti termaktub dalam Perlembagaan parti PUTRA bagi sesi 2021-2024.

Perwakilan Bahagian yang bersidang telah memilih Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian 1, Naib Ketua Bahagian 2, dan 10 AJK termasuk Ketua-Ketua Sayap, Setiausaha, Ketua Penerangan, Bendahari dan 5 AJK lantikan yang dipilih oleh Ketua Bahagian.

6. 10 orang Perwakilan daripada kalangan Jawatankuasa Bahagian di kalangan pemegang jawatan penting secara automatik layak hadir sebagai Perwakilan. Jumlah Ahli Dewan Tertinggi (ADT) seramai 34 orang dan 15 Perwakilan Exco bagi setiap Sayap-Sayap layak hadir bersidang ke Persidangan Tahunan Putra kedua bagi tahun 2021 yang terpaksa ditunda ke tarikh baharu kerana pasca Covid-19 dan bencana banjir.

7. Tema Perhimpunan Agung Tahunan PUTRA kali ini ialah PERJUANGAN BERSIH DAN BERMORAL, sebagai teras kelangsungan kelahiran dan falsafah perjuangan PUTRA di mana PEMIMPIN BERSIH DAN BERMORAL PASTI MENJAMIN RAKYAT SEJAHTERA DAN NEGARA MENJADI BERKAT. 

PUTRA PERKASA NEGARA

Borhan Bin Ahmad Zakaria

Setiausaha Agung PUTRA

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts