RANCANGAN MAHIADDIN DAN BERSATU MASUK SEMULA UMNO

1.1k
SHARES
6.4k
VIEWS

Disiarkan pada 20 Februari 2022

Dalam satu kenyataan sebelum ini, parti Bersatu yang seumpama mati segan hidup tidak mahu itu cuba menunjukkan keangkuhan membabi buta dengan mengatakan UMNO perlu takut dengan kekuatan mereka di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kelak. 

Sama ada perkara ini merupakan ‘reverse psychology‘ yang cuba dimainkan oleh Bersatu melalui Datuk Seri Hamzah Zainuddin atau sememangnya hanya angan-angan Mat Jenin mereka untuk menang besar di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, tetapi ‘semangat’ Bersatu ini tetap wajar dipuji. Ini kerana jika Bersatu kalah di PRN kali ini maka sudah hampir pasti parti itu akan ‘bungkus’ di PRU-15 kelak. Agak sukar untuk parti tersebut bangkit walaupun PAS dipergunakan sepenuhnya kerana parti yang menggunakan Islam itu sendiri kini diragui oleh akar umbinya akibat daripada menyokong melulu Tan Sri Mahiaddin Yassin dan Bersatu. 

Sungguhpun begitu, terdapat ura-ura membawa Mahiaddin kembali masuk ke dalam UMNO yang tentunya akan diikuti oleh Hamzah dan Ahli-ahli Parlimen katak yang lain, yang menunjukkan Bersatu sebenarnya sudahpun boleh membaca hayat politik mereka semakin hampir. Usaha ini bukan lagi rahsia malah kini pemimpin-pemimpin UMNO yang pro Mahiaddin dan Bersatu mula menjalankan jarum mereka untuk menumbangkan Presiden mereka Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sendiri.

Rancangan ini tentu tidak semudah yang mereka jangka apabila mendapat tentangan kuat daripada akar umbi malah dijangkakan kumpulan pro Mahiaddin dan Bersatu ini pula akan terkena ‘getah’ sendiri kerana cuba mengkhianati parti. Zahid Hamidi sendiri daripada awal telahpun memberi peringatan bahawa mana-mana yang cuba masuk kembali ke dalam parti itu akan hanya menjadi ahli biasa dan perlu bermula semula seperti ahli baru.

Walaupun rancangan keji Mahiaddin ini masih berjalan namun UMNO juga masih tidak mahu mengalah. Parti keramat bagi orang Melayu sejak sekian lama itu mempunyai hierarki dan cara tadbir urusnya sendiri selama ini yang mampu menerajui negara dengan baik dan stabil selama lebih 60 tahun tentu tidak boleh dipandang sebelah mata oleh Mahiaddin dan Bersatu.

Tindakan cuba kembali kepada UMNO sebagai jalan terakhir bagi hayat politik masing-masing ini jelas menunjukkan Mahiaddin dan kumpulan kataknya dalam Bersatu makin terdesak. Jalan terakhir, Perikatan Nasional akan bekerjasama kembali dengan DAP dan Pakatan Harapan bagi menumbangkan UMNO di PRU-15 kelak. Ketika itu, rakyat tentu akan membalas dendam terhadap mereka dengan membenamkan PN dan PH selama-lamanya. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts