• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Sunday, June 5, 2022
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

KEMELUT FGV: BERI DATO DZULKIFLI PELUANG 

Kamarool Haidi by Kamarool Haidi
February 27, 2022
in Laporan, Utama
0
KEMELUT FGV: BERI DATO DZULKIFLI PELUANG 
29
SHARES
317
VIEWS

Sebagai seorang rakyat Malaysia yang cintakan integriti, saya tidak percaya Pengerusi FGV, Dato Dzulkifli Wahab telah melanggar tadbir urus korporat. Selaku Pengerusi syarikat milik kerajaan yang disenaraikan di Bursa Malaysia, beliau tentu faham soal pentingnya mematuhi tadbir urus.

Kegagalan berbuat demikian akan mengheret FGV kepada masalah lebih besar. Saya tidak pasti sama ada Dato Dzulkifli telah menjalani kursus-kursus pendek tadbir urus syarikat senaraian awam yang dikhaskan untuk pengerusi dan ahli-ahli lembaga pengarah. Dalam konteks ini, sebagai Pengerusi bukan Eksekutif, beliau sepatutnya tahu batas-batasnya agar tidak berperanan seperti Pengerusi Eksekutif.

Untuk makluman, dalam tempoh hampir sedekad, ratusan individu termasuk tokoh telah didakwa di mahkamah atas pelanggaran integriti dan tadbir urus syarikat di bawah Bursa Malaysia. Pada peringkat ini dan sementara menanti jawapan atau penjelasan daripada Dato Dzulkifli, biarlah kita semua tidak membuat andaian yang negatif.

Mungkin beliau terkhilaf perhitungan dan tidak mendapat nasihat yang betul. Berilah peluang kepada Dato Dzulkifli untuk mempertahankan diri sebaik-baiknya.

Jika benar, beliau terkhilaf kerana melanggar tadbir urus, Lembaga Pengarah FGV perlu mengambil langkah untuk memperbetulkan keadaan. Adalah menjadi tanggungjawab Lembaga Pengarah terutama berstatus pengarah bebas untuk menegur dan menasihatkan Pengerusi sekiranya terdapat unsur-unsur yang bercanggah dengan tadbir urus dan peraturan yang ditetapkan oleh Bursa Malaysia.

Pada masa yang sama, pihak pengurusan mempunyai hak untuk menolak dengan baik apa sahaja arahan Pengerusi yang tidak mematuhi piagam Bursa Malaysia.

Satu lagi pendekatan yang baik adalah semua pihak perlu merujuk kepada Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti. Para pemegang saham juga tentunya mahu memastikan FGV ditadbir dengan baik dan penuh berintegriti.

Inilah juga masanya untuk Dato Dzulkifli menjelaskan kedudukan sebenar. Jika beliau memang banyak terlanjur termasuk campur tangan dalam operasi syarikat, cepat-cepatlah memohon maaf dan perbetulkan keadaan.

Jika langkah-langkah ini dapat diambil segera, Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti sekadar mengeluarkan teguran dan peringatan rasmi. Cuma Dato Dzulkifli mesti ambil iktibar agar memastikan pisang tidak berbuah dua kali.

Mohd Azimi Azam

Taman Hartamas, Kuala Lumpur

Tags: Bursa MalaysiaDzulkifli WahabFGVsprm
Previous Post

ISU INTEGRITI FGV: DATO DZULKIFLI PERLU JAWAB

Next Post

SOP MASJID: ELAK FITNAH ATAS AGAMA?

Kamarool Haidi

Kamarool Haidi

Related Posts

CUBAAN HALANG HAKIM NAZLAN DISIASAT SPRM BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN

CUBAAN HALANG HAKIM NAZLAN DISIASAT SPRM BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN

April 30, 2022
HIPOKRASI ANWAR, KAREN DAN PAKATAN HARAPAN DALAM ISU HAKIM NAZLAN

HIPOKRASI ANWAR, KAREN DAN PAKATAN HARAPAN DALAM ISU HAKIM NAZLAN

April 28, 2022
KENAPA PAKATAN HARAPAN ‘TAKUT’ HAKIM NAZLAN DISIASAT SPRM?

KENAPA PAKATAN HARAPAN ‘TAKUT’ HAKIM NAZLAN DISIASAT SPRM?

April 28, 2022
BUKTI BARU 1MDB, NGO BUAT LAPORAN SPRM

BUKTI BARU 1MDB, NGO BUAT LAPORAN SPRM

March 16, 2022
ISU INTEGRITI FGV: DATO DZULKIFLI PERLU JAWAB

ISU INTEGRITI FGV: DATO DZULKIFLI PERLU JAWAB

February 27, 2022
DATO DZULKIFLI DITUNTUT JELASKAN ISU INTEGRITI DAN TADBIR URUS FGV

DATO DZULKIFLI DITUNTUT JELASKAN ISU INTEGRITI DAN TADBIR URUS FGV

January 27, 2022

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In