PRN JOHOR: MAHIADDIN CUBA MENIPU LAGI

366
SHARES
2.2k
VIEWS

Sekali lagi Tan Sri Mahiaddin Yassin cuba berjanji untuk pengundi-pengundi setiap pilihan raya yang disertai partinya Bersatu. Kali ini di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sekali lagi beliau menabur janji kononnya akan memastikan Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura akan diwujudkan kembali. Negara sudahpun rugi teruk bagi membayar pampasan sebanyak RM320 juta yang sepatutnya boleh dielakkan jika projek diteruskan. 

Janji beliau ini hanya membuktikan betapa hipokritnya Mahiaddin. Pertama, kenapa semasa beliau menjadi Perdana Menteri, laluan tersebut dimuktamadkan untuk dihentikan? Bukankah selaku Perdana Menteri beliau berkuasa penuh untuk meneruskan atau menghentikan mana-mana projek sekalipun? Yang kedua, jika Bersatu menang PRN Johor sekalipun, adakah beliau akan memiliki kuasa seperti Perdana Menteri untuk meneruskan mana-mana projek yang yang telahpun dihentikan oleh beliau sendiri sebelum ini?

Inilah nilai janji Mahiaddin, bekas Perdana Menteri kelapan yang masih cuba mahu menipu rakyat tanpa ada rasa malu. Jika manifesto Pakatan Harapan yang tidak ditunaikan itupun ditulis oleh Wan Saiful Wan Jan, Ketua Penerangan partinya sendiri, apakah nilai janji-janji Perikatan Nasional yang masih tersisa buat rakyat khususnya di Johor? Usahkan meminta maaf tidak menunaikan janji manifesto malah kini rakyat cuba diperdaya lagi dengan penipuan yang lain.

Cukup-cukuplah menunjukkan kebodohan sendiri dengan menghentikan projek HSR yang berdaya maju dan memberi pulangan besar kepada negara mengakibatkan Malaysia ketinggalan berbanding negara lain termasuk Indonesia. Adakah ini sahaja idea seorang bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara dengan cuba memulihkan projek yang telah digagalkannya?

Kepada Bangsa Johor, selamat mengundi pada 8 dan 12 Mac kelak. Marilah kita ucapkan selamat tinggal kepada Mahiaddin dan partinya Bersatu serta gagasan Perikatan Nasional yang bersama DAP-Pakatan Harapan cuba menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional. Masih belum terlambat untuk kita pulihkan negara daripada kebodohan yang dibuat oleh DAP-Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional selama ini dengan memberi mandat baru kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts