UNIQLO PERTAHAN KEPUTUSAN TERUSKAN OPERASI DI RUSIA

352
SHARES
2.1k
VIEWS

Syarikat induk gergasi pakaian kasual Jepun, Uniqlo mempertahan keputusan mereka untuk kekal beroperasi dan membuka butik mereka di Rusia walaupun saingannya seperti Zara dan H&M menggantung operasi di negara itu berikutan operasi khas yang diumumkan Presiden Vladimir Putin ke atas Ukraine.

Presiden Pengendali Uniqlo Fast Retailing, Tadashi Yanai dipetik berkata, konflik itu tidak seharusnya menghalang rakyat Rusia mendapat akses kepada keperluan asas yang diperlukan. Tadashi sebelum ini turut lantang mengecam kenapa syarikat-syarikat seolah-olah dipaksa dan ditekan untuk membuat keputusan berlandaskan politik semasa. 

Menurut Tadashi, walaupun syarikat itu tidak bersetuju dengan tindakan yang dilakukan Putin dan dan setiap negara harus menentangnya tetapi rakyat Rusia tidak sepatutnya dibebankan dengan pelbagai tekanan.

Pakaian adalah keperluan hidup. Rakyat Rusia mempunyai hak yang sama untuk hidup seperti kita,” tambahnya. Bagaimanapun, Fast syarikat itu akan terus memantau keadaan namun setakat ini tiada rancangan untuk menggantung operasi di negara tersebut seperti beberapa syarikat lain.

Pada Jumaat lepas pihaknya berkata akan menderma AS$10 juta (RM41.87 juta) dan 200,000 helai pakaian kepada agensi pelarian PBB sebagai pakej bantuan kepada mereka yang terpaksa melarikan diri ke negara lain.

Sebagai rekod, ketika ini terdapat 49 kedai Uniqlo di seluruh Rusia yang akan meneruskan operasi. Perkembangan baik ini tentunya dapat memberi sedikit kelegaan buat rakyat negara itu yang turut terjejas dengan tindakan negara-negara Eropah melakukan pelbagai sekatan terhadap Rusia.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts