RUSIA DEDAH KEWUJUDAN MAKMAL RAHSIA SENJATA BIOLOGI MILIK AS DI UKRAINE

168
SHARES
542
VIEWS

Amat mengejutkan apabila Kementerian Pertahanan Kesatuan Rusia mendedahkan penemuan makmal rahsia milik Amerika Syarikat yang menjalankan aktiviti biologi ketenteraan di Wilayah Ukraine. Bagaimanapun pihak Rusia akan terus mengkaji dan meneliti bukti-bukti dan dokumen yang didapati daripada pekerja makmal biologi tersebut dan jika perlu akan mengambil tindakan sewajarnya demi melindungi keselamatan dan kesejahteraan rakyat. 

Dalam dokumen yang diperolehi pihak Rusia turut menyatakan eksperimen dijalankan menggunakan sampel koronavirus. Berikut merupakan kenyataan penuh seperti yang tersiar sebelum ini. 

Kenyataan Media Kementerian Pertahanan Kesatuan Rusia

Kementerian Pertahanan Rusia akan terus menganalisis dokumen yang dikemukakan oleh pekerja makmal biologi Ukraine mengenai aktiviti biologi ketenteraan rahsia Amerika Syarikat di wilayah Ukraine.

– Pakar Rusia dalam bidang perlindungan radiasi, kimia dan biologi telah mengkaji dokumen mengenai pemindahan biomaterial manusia yang diambil di wilayah Ukraine ke negara asing atas arahan wakil AS.

– Kepentingan utama siasatan ini adalah untuk mengetahui maklumat terperinci mengenai pelaksanaan projek oleh Amerika Syarikat di wilayah Ukraine untuk mengkaji pemindahan patogen daripada burung liar yang berhijrah antara Ukraine dan Rusia dan negara-negara jiran yang lain.

– Menurut dokumen, pihak Amerika Syarikat merancang untuk menjalankan eksperimen ke atas patogen burung, kelawar dan reptilia di Ukraine pada tahun 2022, dengan peralihan selanjutnya untuk mengkaji kemungkinan penularan demam babi Afrika dan antraks.

– Dalam makmal biologi yang dicipta dan dibiayai di Ukraine, seperti yang ditunjukkan oleh dokumen, eksperimen dijalankan dengan menggunakan sampel koronavirus.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts