TUN MAHATHIR BERBOHONG KATA ZAHID JUMPA UNTUK GUGUR KES MAHKAMAH

103
SHARES
333
VIEWS

Sama seperti Tan Sri Mahiaddin Yassin yang berbohong menuduh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berjumpa beliau untuk menggugurkan kes mahkamahnya Tun Mahathir juga dilihat terdesak menggunakan naratif yang sama agar kredibiliti Zahid dapat dimusnahkan. Pembunuhan karakter ini perlu dibuat kerana UMNO dilihat semakin kuat dan kembali diyakini rakyat.

Cubaan Tun Mahathir untuk membubarkan UMNO selepas PRU-14 telah gagal, kini beliau cuba untuk menguasai dan mengawal UMNO melalui Mahiaddin yang bekerja keras bersama beberapa pemimpin UMNO “talam dua muka” yang gigih menyokong Bersatu dan Perikatan Nasional.

Tindakan terdesak Tun Mahathir menuduh Zahid bertemu beliau pada Jun 2018 untuk menggugurkan kes mahkamahnya adalah satu fitnah yang jelas dibuat untuk menghilangkan keyakinan rakyat terhadap Presiden UMNO. Cara yang sama dibuat ke atas Dato Seri Mohd Najib Tun Razak sebelum ini melalui fitnah 1MDB. “Fitnah makan tuan” ini akhirnya mendedahkan pelbagai konspirasi dan penipuan termasuk memalsukan tandatangan, pengakuan saksi bersekongkol dengan Jho Low, suami Tan Sri Zeti Akhtar Aziz menerima habuan juga daripada Jho Low serta pelbagai lagi pendedahan yang mengejutkan.

Tuduhan Tun Mahathir yang boleh dianggap sebagai fitnah ini sangat mudah untuk dipatahkan kerana bukan sahaja ada pengakuan oleh Datuk Hamidah Osman yang menyusun pertemuan tersebut atas permintaan Tun Mahathir, tetapi yang lebih penting ketika itu Zahid masih belum dituduh di mahkamah. Rujuk pendedahan Hamidah di pautan; https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1615707165458471&id=100010576098039

Beliau pertama kali dihadapkan ke mahkamah adalah pada 19 Oktober 2018, empat bulan selepas pertemuan yang diminta Mahathir pada Jun 2018. Rujuk kronologi kes mahkamah Zahid di pautan; https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2022/01/915095/kronologi-pendakwaan-datuk-seri-ahmad-zahid-hamidi

Pertemuan kedua pula berlaku adalah pada 13 September antara Tun Mahathir dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang dihadiri oleh Zahid, Dato Seri Utama Mohamad Bin Hasan, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob dan juga Datuk Seri Mahdzir Khalid. Dalam pertemuan ini juga tidak mungkin Zahid meminta kesnya digugurkan kerana beliau hanya dibawa pertama kali ke mahkamah sebulan selepas pertemuan ini.

Dalam pertemuan kedua ini Mahathir lebih banyak bernostalgia dan mengimbau kenangan lamanya ketika memerintah dan bercerita mengenai cabaran menghadapi PRU di zamannya. Beliau juga banyak marahkan Najib dan isu 1MDB, selain mengutuk PAS sebagai pemecah-belah masyarakat sejak dahulu. Paling penting beliau berkali-kali  menggesa semua Ahli Parlimen UMNO menyertai Bersatu – yang tidakpun diendahkan oleh mana-mana pemimpin UMNO yang bertemu beliau pada tarikh tersebut.

Jika Zahid tidak sanggup berkorban untuk UMNO ketika itu dan sanggup menerima permintaan Mahathir untuk membubarkan UMNO dan menyertai Bersatu, mungkin ketika ini beliau tidak mempunyai pertuduhan di mahkamah. Jelas pertuduhan yang dibuat hanya sebulan selepas pertemuan kedua ini seolah-olah mahu mengenakan Zahid atas kedegilannya mengikut permintaan Mahathir. 

Selain itu, jika Tun Mahathir masih mahu berdolak-dalik, apa kata beliau merujuk kepada pegawai-pegawainya di Pejabat Perdana Menteri ketika itu yang pasti ada merakamkan pertemuan terbabit. Tentu beliau boleh mendengar sendiri adakah Zahid atau mana-mana pemimpin UMNO yang bertemunya ada meminta beliau menggugurkan sebarang kes mahkamah, hatta melibatkan kes pertuduhan terhadap Najib.

Justeru, sudah-sudahlah Mahathir, dalam usia sebegini yang sudah terlalu lanjut ini sudah-sudahlah berpolitik dan berdendam, apatah lagi berbohong. Rasulullah SAW melarang umatnya berbohong hatta mahu bergurau. Dalam usia sebegini, lebih baik Tun Mahathir bermuhasabah, perbanyakkan masa di masjid dan elakkan diri daripada menjadi punca pecah-belah masyarakat di negara ini.

Cukup-cukuplah Tun, rakyatpun dah muak. 

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts