BILA MAHU LETAK JAWATAN, SOAL ISHAM KEPADA ZAFRUL

377
SHARES
2.2k
VIEWS

Sebelum ini Menteri Kewangan Datuk Tengku Zafrul sebegitu beriya-Iya mempertahan tindakan beliau tidak membenarkan pengeluaran RM10,000 daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara “one-off” seperti yang dituntut sesetengah pihak. Sungguhpun begitu, kini Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah meluluskan pengeluaran tersebut dan perinciannya akan dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan dan KWSP tidak lama lagi.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor Isham Jalil secara sinis bertanyakan Menteri Kewangan Datuk Tengku Zafrul Tengku bilakah beliau mahu meletakkan jawatan kerana ada membuat kenyataan sedemikian jika kerajaan tetap meluluskannya.

Zafrul, dulu kamu kata kamu ada resign (meletakkan jawatan) kalau kerajaan buat keputusan benarkan pengeluaran KWSP untuk rakyat“.

Sekarang kerajaan telah buat keputusan untuk benarkan pengeluaran KWSP. Bila kamu nak resign?”

Justeru jika Zafrul boleh dipercayai dan jenis individu yang menunaikan janji, seberat manapun janjinya itu ia wajar ditunaikan. Jika tidak, Zafrul boleh lupakan hasratnya ingin bertanding dan menjadi Ahli Parlimen, jika janjinya sendiri untuk meletakkan jawatan tidak mahu ditunaikan. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts