• Mengenai ED
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Hantar Artikel
Tuesday, September 26, 2023
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan
Editor Malaysia
No Result
View All Result

MAKLUMAT TERKINI MENGENAI BUKTI SENJATA BIOLOGI DI UKRAINE

Zulaika Yusuf by Zulaika Yusuf
April 10, 2022
in Dunia, Khas
0
MAKLUMAT TERKINI MENGENAI BUKTI SENJATA BIOLOGI DI UKRAINE
291
SHARES
3.2k
VIEWS

Tindakan pihak Rusia melaksanakan operasi khas ketenteraan ke atas Ukraine yang mengancam kedaulatan negara kuasa besar tersebut untuk jangka masa panjang bukan sahaja dikecam negara Barat dan Eropah, malah Amerika Syarikat cuba menjadi ‘juara’ untuk mengajak masyarakat dunia memboikot Rusia.

Benarkah Rusia benar-benar ‘zalim’ dan ‘jahat’ kerana sanggup menghantar tenteranya ke Ukraine atau sebenarnya ada sesuatu yang terpaksa dilakukan? Adakah Presiden Vladimir Putin sudah hilang akal dan gilakan kuasa atau hakikatnya Rusia hanya cuba mempertahan negaranya sendiri kerana Ukraine telahpun menjadi proksi bagi Barat dan Eropah untuk menjalankan apa sahaja agendanya terhadap Rusia?

Logiknya tentu Presiden Vladimir Putin cuba menghidari konflik ketenteraan dan ekonomi yang melibatkan negaranya namun jika sudah tiada jalan lain setelah pelbagai amaran diberikan namun tidak diendahkan Ukraine maka tentunya tindakan operasi khas ketenteraan ini menjadi jalan terakhir buat Rusia.

Presiden Vladimir Putin dan Rusia bukannya tidak cerdik malah telah berjaya membawa negaranya keluar daripada pelbagai kemelut dan konflik sejak dahulu, selain berjaya menjadikan Rusia sebagai salah satu negara kuasa besar – tentunya semakin digeruni Barat dan Eropah terutamanya Amerika Syarikat.

Justeru, bagi menyaingi Rusia, Amerika Syarikat dan sekutunya menjadikan Ukraine sebagai ‘tapak’ untuk menjalankan aktiviti persenjataan biokimia yang telahpun didedahkan sebelum ini oleh Kementerian Pertahanan Rusia. Rujuk berita, “Rusia dedah kewujudan makmal rahsia senjata biologi milik AS di Ukraine” di pautan; https://editormalaysia.com/25301/

Jika Amerika Syarikat dan sekutunya sebelum ini boleh menyerang sebuah negara berdaulat dan membunuh hampir setengah juta rakyat Iraq termasuk Presiden Saddam Hussin walaupun terbukti mereka tidakpun mempunyai “senjata pemusnah besar-besaran” atau WMD – tentu Rusia juga perlu melakukan sesuatu untuk melindungi negaranya yang berdepan dengan ancaman nyata daripada Barat dan Eropah melalui pelaksanaan pelbagai agenda jahat mereka menerusi Ukraine.

Perkara ini selanjutnya boleh dilihat melalui bukti dokumen yang dilampirkan mengenai kewujudan aktiviti dan pembinaan makmal senjata biologi di Ukraine. Sebagai rekod, maklumat daripada Kementerian Pertahanan Rusia ini telahpun dipastikan kesahihannya dan disalurkan melalui wakil pihak Rusia kepada koresponden Editor Malaysia.

Tags: .Amerika SyarikatRusiaSenjata bio dan kimiaUkraine
Previous Post

SOP KETAT SAUDI TIDAK HALANG JEMAAH MALAYSIA BERPUASA, TARAWIH

Next Post

CUBAAN RAFIZI TUMPANG POPULARITI NAJIB MENERUSI DEBAT?

Zulaika Yusuf

Zulaika Yusuf

Related Posts

BRICS SEMAKIN BERKEMBANG – DR. RAMALAN YUNUS

BRICS SEMAKIN BERKEMBANG – DR. RAMALAN YUNUS

August 28, 2023
ASEAN BUKANLAH ‘BIDAK’ DALAM GEO-POLITIK AS-CHINA – YAB PERDANA MENTERI

ASEAN BUKANLAH ‘BIDAK’ DALAM GEO-POLITIK AS-CHINA – YAB PERDANA MENTERI

August 10, 2023
PDRM MINTA BANTUAN INTERPOL KESAN JOCELYN CHIA

PDRM MINTA BANTUAN INTERPOL KESAN JOCELYN CHIA

June 14, 2023
BRAZIL KEKAL BERKECUALI, DESAK RUNDINGAN DAMAI ANTARA RUSIA-UKRAINE

BRAZIL KEKAL BERKECUALI, DESAK RUNDINGAN DAMAI ANTARA RUSIA-UKRAINE

June 2, 2023
RM65 BILION BANTUAN KESELAMATAN SUDAH DITERIMA UKRAINE

RM65 BILION BANTUAN KESELAMATAN SUDAH DITERIMA UKRAINE

May 26, 2023
WE ARE CLOSER THAN EVER TO ARRESTING PUTIN, BUT THE US MUST PLAY ITS PART – GORDON BROWN

WE ARE CLOSER THAN EVER TO ARRESTING PUTIN, BUT THE US MUST PLAY ITS PART – GORDON BROWN

May 24, 2023

Mengenai ED

Hubungi Kami

Pengiklanan

Penafian

Hantar Artikel

Copyright © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In