PASLEAK: ISMAIL SABRI WAJAR NAFI TERLIBAT

179
SHARES
576
VIEWS

Dalam dokumen yang kini digelar sebagai PASleak, wujud nama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri yang dikatakan bersetuju untuk dedah dan ‘eliminate‘ Tok Mat Hasan. Dalam dokumen yang sama juga turut terdedah mengenai rancangan Raja Petra Kamaruddin (RPK) yang dikatakan sudah mempunyai cukup ‘bahan’ untuk pendedahan tersebut.

Rancangan ini bocor apabila ada pihak dalam PAS yang mendedahkan niat dan perancangan keji tersebut yang membelakangkan undang-undang. Inilah yang dikatakan dalam mafhum hadis bahawa manusia merancang tetapi Allah jualah sebaik-baik Perancang. Maka sebaik-baiknya Ismail Sabri memulihkan tanggapan rakyat Malaysia terutamanya ahli-ahli UMNO yang melihat beliau juga terlibat selain Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein, dalam usaha untuk menjatuhkan beberapa pemimpin tertinggi UMNO.

Tidak salah jika Ismail Sabri mahu terus menjadi Perdana Menteri pasca PRU-15 kelak namun bukan begini caranya. Beliau sepatutnya mengelakkan sebarang cubaan confrontational dengan mana-mana pihak yang ‘friendly‘ terutamanya pemimpin-pemimpin UMNO. Ismail Sabri wajar meletakkan dirinya dalam jemaah yang sama dengan UMNO, iaitu partinya sendiri dan meneruskan agenda rakyat bagi melonjakkan dirinya dengan cara yang betul dan bukan mencipta musuh dalam kalangan pemimpin partinya sendiri.

Ismail Sabri tidak boleh lupa bahawa Presiden partinya bukanlah individu tetapi sebuah ‘institusi’ yang dihormati. Jika beliau mahu menjadi ketua kepada institusi ini, beliau perlu menjadikan dirinya dihormati oleh ahli-ahli UMNO terlebih dahulu, bukannya melalui pakatan atau rancangan  bagi menjatuhkan pemimpin-pemimpin partinya sendiri. 

Selain itu, tidak akan ada keberkatan dalam usaha menjatuhkan pemimpin Islam lain demi secangkir kuasa sedangkan wujud jalan lain yang lebih baik. Elakkan berseteru sesama pemimpin UMNO dan tidak dilihat ‘overkill‘ yang dibenci rakyat. Satu soalan untuk Ismail Sabri, jika ada jalan mudah meneruskan tugas sebagai Perdana Menteri selepas PRU-15 kelak iaitu dengan  cara “merapatkan saf” dan bersama pimpinan parti sendiri, justeru kenapa mencari jalan susah yang akan membuatkan beliau ditolak oleh lebih empat juta ahli UMNO? MKT UMNO sendiri sudah mencalonkan beliau sebagai Perdana Menteri, Ismail Sabri perlu dilihat senada dan tidak mengingkari keputusan parti atau dengan cara ‘menikam belakang’. 

Apapun Ismail Sabri, tepuk dada, tanyalah selera. Cuma jangan sampai tersalah mendengar nasihat sehingga terlepas peluang menjadi Perdana Menteri ke-10 kelak. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts