ANNUAR MUSA HATI TISU, CEPAT KOYAK?

367
SHARES
2.2k
VIEWS

1. Tan Sri Annuar Musa suka membuat kenyataan yang angkuh dan kerap merendah-rendahkan orang lain yang dilihat tidak senada dengannya atau mengkritik kenyataannya yang merepek ataupun tidak masuk akal

2. Selain itu, beliau juga kerap membuat kenyataan yang tidak melambangkan dirinya sebagai seorang ahli politik ‘senior’ atau berpengalaman, dalam masa yang sama beliau sukar menerima kritikan pihak lain terhadap dirinya

3. Lebih tidak profesional, Annuar mengehadkan komen di laman Facebook-nya agar komen-komen negatif tidak tersiar dan memalukan dirinya

4. Sikapnya langsung tidak ‘gentleman‘, apatah lagi beliau menjawat jawatan Menteri Komunikasi, tetapi hakikatnya komunikasi dihadkan

5. Tentunya lebih cerdik jika Annuar bersikap lebih profesional, meraikan kepelbagaian pandangan dengan tidak menutup ruang komen – tidak kira sama ada komen tersebut positif ataupun negatif

6. Ini juga membolehkan beliau menganalisa sama ada kenyataannya boleh diterima rakyat ataupun tidak, masuk akal ataupun hanya merepek – memudahkan beliau untuk belajar kemahiran komunikasi atau amal komunikasi berkesan 

7. Hatta seratus peratus sekalipun yang mengecam atau mengkritiknya di ruangan komen, beliau perlu bersikap lebih terbuka dan menerima kenyataan, malah memudahkan beliau untuk berdepan dengan realiti

8. Jika tidak, Annuar hanya akan kekal duduk di bawah tempurung dan zon selesa, serta sukar menganalisa penerimaan rakyat terhadap dirinya

9. Perkara ini hanya akan lebih memalukan beliau kerana dilihat sebagai ‘hati tisu’ dan cepat ‘koyak’, dua terma yang kerap digunakan netizen bagi melambangkan seseorang sepertinya

10. Kesimpulannya, Annuar Musa jangan cepat koyak, jangan hati tisu jika dikecam atau dikritik. Jika beliau takut dilambung ombak, maka janganlah berumah di tepi pantai. Jika takut dikecam atau dikritik, maka janganlah membuat kenyataan-kenyataan yang merepek dan tidak boleh diterima ramai

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts