MPPK SOKONG INISIATIF WAJIBKAN KURSUS INTEGRITI DAN ANTIRASUAH DI IPT

89
SHARES
288
VIEWS

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK), menyambut baik inisiatif Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah yang telah memutuskan supaya Kursus Integriti dan Antirasuah diwajibkan di semua institusi pengajian tinggi (IPT) bermula tahun depan.

Hal ini demikian kerana kursus ini akan menjadi subjek yang sistematik dan berstruktur untuk memberi pemahaman pelajar mengenai rasuah dengan lebih mendalam.

Dengan adanya kursus atau integriti berkenaan ianya membolehkan pelajar lebih cakna dengan kesan dan akibat rasuah yang bukan sahaja memudaratkan diri sendiri tetapi juga akan mencemarkan imej negara.

Kursus ini juga pastinya akan memberikan pendedahan serta kesedaran kepada pelajar supaya mereka tidak meminta rasuah dan tidak memberikan rasuah kepada mana-mana pihak.

Hal ini berlaku kerana kurang pemahaman mengenai definisi dan bentuk rasuah yang hadir dalam pelbagai cara menyebabkan golongan belia mudah terjebak dengan jenayah tersebut tanpa mereka sedar.

Rasuah tidak semestinya hadir dalam bentuk wang ringgit, namun ia juga wujud dalam bentuk lain seperti salah guna kuasa, kenaikan pangkat, pemberian hadiah, imbuhan dan sebagainya.

Jenis bentuk rasuah tersebut kebanyakan berlaku dalam kalangan belia yang mempunyai jawatan atau kedudukan yang tinggi dalam organisasi seperti ketua jabatan, pemimpin masyarakat yang terlibat dalam proses membuat keputusan.

Oleh itu, saya yakin jika inisiatif sebegini dilaksanakan bukan sahaja di peringkat pengajian tinggi tetapi juga perlu diwujudkan bermula di bangku sekolah lagi, agar jenayah rasuah di negara ini dapat dibendung di semua peringkat golongan masyarakat di negara ini.

Rasuah Musuh Utama Negara

CT Faizah Abdul Rahman

Naib Presiden

Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK)

6 Jun 2022

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts