• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Tuesday, August 9, 2022
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

CARA MUDAH ISMAIL SABRI MAHU KEKAL SEBAGAI PERDANA MENTERI

Memilih cara konfrontasi hanya akan merisikokan karier politiknya sendiri

Adenan Mohd. Noor by Adenan Mohd. Noor
June 20, 2022
in Politik, Utama
0
CARA MUDAH ISMAIL SABRI MAHU KEKAL SEBAGAI PERDANA MENTERI
24
SHARES
264
VIEWS

Jalan yang dipilih oleh Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob untuk kekal menjadi Perdana Menteri ketika ini amatlah sukar. Walaupun wujud jalan yang jauh lebih mudah dan kurang berisiko namun sukar difahami kenapa beliau tetap memilih jalan yang boleh membantutkan hasratnya untuk kekal menjadi Perdana Menteri pasca Pilihan Raya Umum ke-15.

Sama ada penasihat politik, rakan-rakan rapat dan pihak di sekelilingnya tidak memberikan nasihat tepat sebaliknya asyik mengatakan beliaulah yang paling layak, paling baik dan paling berkarisma, ketahuilah beliau hanyalah Perdana Menteri bidan terjun dan bukannya melalui pilihan raya seperti Perdana Menteri sebelumnya. Pasukan di sekelilingnya asyik menyorokkan realiti daripada Ismail Sabri agar beliau kekal positif sedangkan jalan yang dipilihnya ketika ini hampir pasti akan membuatkan beliau tidak mungkin kembali sebagai Perdana Menteri ke-10.

Jika dalam permainan bolasepak, kebiasaannya jersi nombor 10 akan disarung oleh penyerang terbaik mereka namun dalam hal ini Ismail Sabri bukanlah orangnya. Beliau bukanlah pemimpin terbaik dalam UMNO yang mengemudi parti tersebut keluar daripada kemelut selepas kekalahan termasuk cubaan diharamkan. Beliau juga bukanlah calon utama untuk menjadi Perdana Menteri seterusnya kerana berada di hierarki ketiga selepas Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Dato’ Seri Utama Mohamad Bin Haji Hasan atau Tok Mat. Dua tokoh UMNO inilah bersama Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak yang bertungkus lumus membawa UMNO keluar daripada pelbagai cubaan untuk mematikan parti tersebut sejak mereka tumbang pada PRU-14 lepas.

Jangan dilupakan sentimen rakyat yang sangat ingin membalas dendam terhadap Pakatan Harapan yang banyak berjanji manis di mulut namun gagal menunaikannya hatta manifesto sendiri, juga Perikatan Nasional yang tidak terlepas daripada ‘amukan’ rakyat yang melihatnya hanya mengambil kesempatan daripada pandemik Covid-19 dan pengisytiharan darurat untuk mengekalkan kuasa. Apa sahaja yang berkaitan dengan Perikatan Nasional pasti akan dihukum rakyat. Ini termasuklah parti PAS dan kumpulan UMNO++ atau UMNO 3.0.

Berbanding dua pilihan gabungan di atas, hanya UMNO-Barisan Nasional yang telahpun dihukum rakyat pada PRU-14 dilihat lebih selamat, malah terbukti melalui beberapa PRK dan PRN sebelum ini yang jelas menunjukkan sokongan rakyat kembali kepada mereka.

Jika Ismail Sabri memilih untuk ‘menentang’ pimpinannya sendiri di dalam UMNO dengan menjadi “mesra Perikatan Nasional”, beliau sebenarnya berdepan bukan sahaja dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang setia tetapi juga dengan majoriti rakyat yang telahpun menolak gabungan tersebut. Ismail Sabri perlu realistik kerana selain bersama pimpinan UMNO yang masih setia, cara lain hanya akan memusnahkan karier politiknya sendiri.

Apa sahaja ‘maneuver‘ politik yang cuba dicipta oleh Ismail Sabri dan kumpulan UMNO pro Perikatan Nasional ketika ini, sama ada melalui rancangan UMNO++ serta cadangan Perikatan Nasional bersama Pakatan Harapan semula pasti akan gagal. Hanya dengan cara meletakkan dirinya kembali sebagai ‘party man‘, akur dengan ketetapan parti dan akar umbi serta tidak berkonfrontasi dengan mana-mana pemimpin UMNO yang jauh lebih popular dan setia berbanding dirinya, beliau dilihat masih mempunyai peluang untuk menyarung jersi Perdana Menteri ke-10. Apatah lagi Ismail Sabri telahpun dinamakan sebagai calon Perdana Menteri dan “poster boy” UMNO-Barisan Nasional di PRU-15 kelak.

Justeru kita lihat, sama ada beliau memilih untuk menjadi cerdik atau sebaliknya. 

Tags: Ismail SabriPN-DAPPRU-15UMNO
Previous Post

TIADA SESIAPA WAJAR BUAT KENYATAAN KELUAR MALAYSIA

Next Post

SPRM DIGESA SIASAT MISTERI PEMBELIAN DASB OLEH FELDA

Adenan Mohd. Noor

Adenan Mohd. Noor

Related Posts

PERIKATAN NASIONAL MERAJUK LAGI KEPADA ISMAIL SABRI

PERIKATAN NASIONAL MERAJUK LAGI KEPADA ISMAIL SABRI

August 5, 2022
WARGA FELDA TUNTUT JANJI MANIFESTO PRN JOHOR LAKSANA RUMAH GENERASI KEDUA

WARGA FELDA TUNTUT JANJI MANIFESTO PRN JOHOR LAKSANA RUMAH GENERASI KEDUA

August 5, 2022
RANCANGAN KHEMAH BESAR DAN USAHA SABOTAJ UMNO

RANCANGAN KHEMAH BESAR DAN USAHA SABOTAJ UMNO

July 11, 2022
BENARKAH ISMAIL SABRI SEDANG SABOTAJ PARTINYA SENDIRI?

BENARKAH ISMAIL SABRI SEDANG SABOTAJ PARTINYA SENDIRI?

July 10, 2022
ISHAM JALIL DILANTIK AHLI MKT UMNO

ISHAM JALIL DILANTIK AHLI MKT UMNO

June 25, 2022
HAMZAH DAN BERSATU BERLAGAK ANGKUH, TETAPI TAKUT BERDEPAN PRU AWAL

HAMZAH DAN BERSATU BERLAGAK ANGKUH, TETAPI TAKUT BERDEPAN PRU AWAL

June 21, 2022

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In