• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Friday, August 12, 2022
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

SPRM DIGESA SIASAT MISTERI PEMBELIAN DASB OLEH FELDA

Kamarool Haidi by Kamarool Haidi
June 21, 2022
in Laporan, Utama
0
SPRM DIGESA SIASAT MISTERI PEMBELIAN DASB OLEH FELDA
23
SHARES
251
VIEWS

SURAT PEMBACA | Siapa sebenarnya yang bertanggungjawab ke atas isu pembelian Syarikat Dataran Aras Sdn Bhd (DASB) oleh Felda pada 2011, yang masih menjadi misteri sehingga hari ini (Jun 2022)? Dipercayai terdapat isu integriti yang amat serius dalam pembelian syarikat berkenaan sehingga mengakibatkan Felda rugi besar.

Perkara ini sebenarnya terkandung dalam Kertas Putih Ke Arah Kelestarian Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang dikeluarkan pada 2019 (disertakan petikan laporan Kertas Putih tersebut). Antara penemuan penting dalam laporan tersebut adalah Felda mengambil alih sepenuhnya saham DASB pada harga RM148.2 juta berasaskan keluasan tanah seluas 10,910 hektar sedangkan penilaian adalah jauh lebih rendah.

Desas-desus berlegar bahawa berlaku perbuatan salah guna kuasa dan pecah amanah dalam urusan pembelian DASB. Sudah sampai masanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan lengkap berhubung isu tersebut bagi menamatkan misterinya.
Hanya melalui siasatan itu nanti dapat diketahui perkara sebenar.

Pada masa yang sama pengurusan Felda dan ahli lembaga pengarah pada waktu itu dapat membersihkan diri mereka, sekiranya tidak bersalah. Jika SPRM tidak bertindak, ia akan memberikan mesej yang salah kepada rakyat Malaysia seolah-olah ada pihak tertentu mempunyai imuniti khas daripada SPRM.

Sebagai rakyat Malaysia yang mendokong integriti, saya berharap SPRM tidak gentar untuk menjalankan siasatan ke atas pengurusan Felda sebelum ini. Apatah lagi ia melibatkan hasil laporan Kertas Putih yang bukan sekadar untuk diumumkan semata-mata tanpa tindakan sewajarnya diambil. Sejak Kertas Putih itu dikeluarkan, tiada sebarang perkembangan.

Ramai pegawai dan bekas pegawai Felda tertanya-tanya status isu tersebut. Harapan mereka dan juga rakyat agar sesiapa yang bertanggungjawab, tidak terlepas begitu sahaja. Setakat ini tiada mana-mana pihak termasuk Pengarah Besar Felda pada waktu, Dato Dzulkifli Wahab memberikan penjelasan mengenainya. Beliau kini adalah Pengerusi FGV Holdings Berhad, syarikat milik kerajaan yang tersenarai di bawah Bursa Malaysia.

Dalam Kertas Putih itu, turut dilaporkan bahawa pengurusan Felda gagal memberikan maklumat yang penting kepada Lembaga Pengarah selain tadbir urus yang lemah. Disebabkan banyak isu lain melibatkan Felda maka isu pembelian DASB tidak diberi perhatian meskipun ia begitu serius.

Saya percaya SPRM di bawah Dato Seri Azam Baki akan mengutamakan kepentingan negara dan mendokong integriti tinggi, mengatasi pertimbangan yang lain. Kes pembelian DASB akan menjadi satu lagi ujian buat SPRM selain kerajaan hari ini.

Pegawai pesara Felda

Pinggiran Putrajaya

 

Previous Post

CARA MUDAH ISMAIL SABRI MAHU KEKAL SEBAGAI PERDANA MENTERI

Next Post

HAMZAH DAN BERSATU BERLAGAK ANGKUH, TETAPI TAKUT BERDEPAN PRU AWAL

Kamarool Haidi

Kamarool Haidi

Related Posts

ISU LCS GANTI SKANDAL 1MDB DI PRU-15?

ISU LCS GANTI SKANDAL 1MDB DI PRU-15?

August 12, 2022
APA SUDAH JADI PEJABAT KETUA MENTERI MELAKA?

APA SUDAH JADI PEJABAT KETUA MENTERI MELAKA?

August 11, 2022
PERUTUSAN AIDILFITRI PRESIDEN PARTI PUTRA MALAYSIA

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PUTRA

August 10, 2022
PUTRA SAMBUT BAIK HASRAT HAMIDAH, HASBULLAH KELUAR PARTI

PUTRA SAMBUT BAIK HASRAT HAMIDAH, HASBULLAH KELUAR PARTI

August 10, 2022
HASANAH DIBEBASKAN SEPENUHNYA, MEIO PERLU ‘DIBERSIHKAN’ SEGERA

HASANAH DIBEBASKAN SEPENUHNYA, MEIO PERLU ‘DIBERSIHKAN’ SEGERA

August 9, 2022
PERIKATAN NASIONAL MERAJUK LAGI KEPADA ISMAIL SABRI

PERIKATAN NASIONAL MERAJUK LAGI KEPADA ISMAIL SABRI

August 5, 2022

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In