HAMZAH DAN BERSATU BERLAGAK ANGKUH, TETAPI TAKUT BERDEPAN PRU AWAL

377
SHARES
2.2k
VIEWS

Mungkin pemimpin Bersatu yang lebih angkuh berbanding Tan Sri Mahiaddin Yassin sendiri ketika ini ialah Datuk Seri Hamzah Zainuddin. Ketika Mahiaddin ‘tergagap-gagap’ apabila dituduh menerima wang daripada UKSB sebanyak RM1.3 juta, Hamzah yang dilihat suka menyanggah kenyataan pihak lain termasuk pertanyaan media, selalu tersasar dan berhujah tidak berlandaskan realiti dan fakta.

Mungkin kerana tersilap langkah melompat keluar daripada UMNO maka ketika ini parti yang dilihat semakin kuat tersebut cuba diperlekeh namun dalam masa yang sama Hamzah dan Bersatu semakin takut berdepan dengan realiti. Apabila bercakap beliau membandingkan negeri yang tidak dikuasai UMNO tetapi beliau sengaja mengelak fakta bahawa negeri-negeri tersebut merupakan ‘hasil’ daripada PRU-14 lepas dan bukannya melalui pilihan raya umum yang baharu.

Buktinya ialah, kenapakah Bersatu dan Perikatan Nasional serta Pakatan Harapan takut jika PRU diadakan awal pada tahun ini dan bukannya tahun hadapan? Selain mengumpul kekuatan, tempoh ini digunakan sepenuhnya oleh kedua-dua gabungan ini untuk membentuk kerjasama menumbangkan UMNO, cara yang sama digunakan semasa PRU-14 lepas.

Tidak menjadi masalah jika UMNO tidak kuat sekalipun kerana parti yang ‘tidak kuat’ inilah yang mahukan PRU diadakan awal dengan tujuan agar parti yang kuat nanti akan membentuk kerajaan dan stabiliti dapat disegerakan. Tiada lagi “katak-katak” yang melompat mencari kolam baharu untuk menyelamatkan diri sendiri seperti Hamzah.

Percayalah, jika UMNO yang tidak kuat ini ditetapkan Allah Taala untuk memenangi PRU-15 kelak, nescaya Hamzah akan menjadi orang pertama yang akan melompat kembali ke parti tersebut.

Itupun jika beliau mampu menanglah di Larut atau mana-mana kerusi yang akan ditandingi kelak di bawah panji-panji Perikatan Nasional. Jika tidak, “Selamat tinggal Hamzah” – ucapan daripada rakyat buat beliau yang sentiasa angkuh dan selalu tidak bijak membuat kenyataan. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts