SOLIDARITI SUNGAI BESAR UNTUK JAMAL YUNOS

342
SHARES
2k
VIEWS

Kehadiran Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ke Sekinchan baru-baru ini telah menjawab teki-teki senarai calon yang bakal bertanding di Parlimen Sungai Besar, Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti.

Ia juga mengukuhkan lagi soladiriti kepimpinan UMNO Bahagian Sungai Besar tanpa adanya persepsi kewujudan kem-kem tertentu seperti yang wujud di UMNO Malaysia ketika ini.

Datuk Seri Jamal Md. Yunos yang menerajui Bahagian UMNO itu sejak dua penggal lalu boleh diangggap telah mendapat restu sepenuhnya dari pemimpin nombor satu UMNO dan Barisan Nasional bagi Jamal memuktamadkan senarai calon PRU-15 yang akan datang.

Parlimen Sungai Besar P093 turut mengandungi dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor iaitu Sekinchan dan Sungai Panjang.

Dalam kunjungan Zahid ke Msekin Wonderland yang dimiliki oleh Jamal itu, beliau turut menzahirkan ciri-ciri W.A.L.I (‘winnable’ = boleh menang, ‘acceptable‘ = diterima rakyat’ dan ‘likeable’ = disukai rakyat) pada diri Jamal yang menjadi penilaian UMNO dalam menentukan kriteria calon PRU-15.

Manakala dalam sesi mesyuarat tertutup antara Zahid dan barisan Jawatankuasa UMNO Bahagian Sungai Besar, Zahid dikhabarkan turut memberi mandat penuh kepada Jamal untuk menentukan calon bagi dua lagi kerusi DUN tanpa perlu campurtangan pihak lain.

Sememangnya Jamal sudah diketahui umum memiliki kriteria menjangkaui tahap W-A-L-I kerana beliau sudah sekian lama melaksanakan tugas seperti seorang Wakil Rakyat terutamanya semenjak Selangor berada DI bawah Pakatan Harapan (PH) pada PRU-12, tahun 2008.

Beliau sangat lantang memperjuangkan isu-isu membela rakyat Selangor khususnya membabitkan kemudahan asas untuk rakyat serta membanteras judi dan maksiat demi kepentingan Islam.

Oleh itu, nama Jamal Yunos sudah berada dekat di hati masyarakat bukan sahaja di Selangor malahan DI peringkat nasional kerana ciri sosialisnya yang lantang memperjuangkan kepentingan awam.

Sudah dua penggal beliau mengorbankan haknya selaku Ketua Bahagian untuk menjadi calon pilihan raya demi memberi laluan kepada calon lain. Kini adalah masa yang sangat sesuai untuk beliau berada di dalam Dewan Rakyat sebagai Ahli Parlimen iaitu ketika rakyat sedang rindukan pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional.

Walaupun terdapat khabar angin mengatakan ada individu lain di dalam UMNO Sungai Besar yang ingin turut menjadi calon PRU-15, namun Jamal dilihat sudah mengatur pelan kontingensi yang komprehensif untuk mendepani sebarang ancaman “duri dalam daging”. 

Ini adalah kerana UMNO Sungai Besar sudah pernah melalui pengalaman pengkhianatan Muslimin Yahya, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Sungai Besar, yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan pada PRU-14 yang lalu.

Walau apapun situasinya, seluruh Malaysia sedang mengharapkan UMNO Sungai Besar dan UMNO Selangor khususnya, dapat mengembalikan Selangor sebagai “fix deposit” Barisan Nasional sepertimana era sebelum 2008 iaitu era sebelum Dr. Khir Toyo meruntuhkannya pada PRU-12.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts