Tindakan Pejabat Perdana Menteri (PMO) membatalkan pertemuan antara pimpinan tertinggi Perikatan Nasional dan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam, mengakibatkan gabungan itu merajuk dan mengugut akan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri. Sebagai rekod, ini merupakan kali kedua Perikatan Nasional merajuk dan berperangai seperti kanak-kanak yang dijanjikan gula-gula tetapi tidak mendapatnya.
Tindakan keanak-anakan seperti ini hanya bakal membuatkan Perikatan Nasional yang dipenuhi “katak-katak politik” ini terlihat parti murahan, suka mengugut dan cepat melatah. Sepatutnya beberapa kerat pemimpin-pemimpin UMNO yang kuat menyokong Tan Sri Mahiaddin Yassin dan Perikatan Nasional ini menasihatkan beliau agar jangan menarik sokongan kerana ini hanya akan merugikan gabungan tersebut. Apa guna menyokong Mahiaddin dan PN jika tidak boleh memberi nasihat berkesan.
Tentu lebih mudah dan segera Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 diadakan jika Perikatan Nasional menarik sokongan. Tentunya tindakan tidak cerdik dan terlihat bodoh ini hanya membuatkan mereka semakin ditolak rakyat. Namun itulah Perikatan Nasional, sentiasa beremosi, mudah merajuk dan bersikap kebudak-budakkan walaupun ramai ahli politik senior di dalamnya.
Apapun, diminta Perikatan Nasional bersikap seperti anak jantan, segera tarik sokongan agar PRU-15 boleh disegerakan.