HASANAH DIBEBASKAN SEPENUHNYA, MEIO PERLU ‘DIBERSIHKAN’ SEGERA

214
SHARES
691
VIEWS

Mahkamah Tinggi hari ini melepas dan membebaskan Datuk Hasanah Ab Hamid, bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) daripada tuduhan pecah amanah berjumlah AS$12.1 juta (RM50.4 juta).

Keputusan tersebut dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Roz Mawar Rozain selepas mendapati adalah tidak adil untuk membiarkan pertuduhan terhadap Hasanah tergantung begitu sahaja.

Menurut Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah, mahkamah mempunyai kuasa untuk membuat keputusan. Pihak pendakwaan tidak lagi mempunyai keinginan untuk meneruskan kes, maka mahkamah mempunyai kuasa memberikan perintah dilepaskan dan dibebaskan.” 

Tidak adil untuk pertuduhan ini terus tergantung di kepalanya lebih dari setahun. Keadilan tidak dilaksanakan dengan cara sedemikian,” tambah Roz Mawar.

Sebagai rekod, pada 12 April tahun lepas, Hasanah hanya dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan tersebut selepas pihak pendakwaan ketika itu memaklumkan terdapat penemuan baharu berkaitan kes berkenaan dan kononnya beliau akan dituduh dengan pertuduhan baharu berdasarkan kepada penemuan itu.

Akhirnya kebenaran terserlah, kebencian politik diterjemahkan kepada pertuduhan tidak berasas hasil daripada maklumat palsu dan aniaya oleh pegawai-pegawainya sendiri yang tentunya kini sedang kepanasan apabila perbuatan jahat mereka akhirnya gagal.

Paling penting, nama MEIO wajar dibersihkan setelah ia diburukkan oleh pegawai-pegawainya sendiri yang sangat oportunis dan suka menganiaya pihak lain asalkan matlamat tercapai. Tindakan mereka bukan sahaja menyusahkan banyak pihak malah ia membuatkan agensi perisikan lain di luar negara mula meragui kemampuan MEIO dan menjauhinya sejak Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan. 

Persoalan lebih utama ialah adakah MEIO akan mula ‘memburu’ dan membawa ‘culprit‘ sebenar yang sengaja mengambil kesempatan menganiaya apabila kerajaan bertukar? Gunakan sahaja maklumat sedia ada yang sudahpun dalam tangan pihak MEIO dan jangan ‘diperamkan’. 

Setidak-tidaknya buang sahaja mereka daripada perkhidmatan awam kerana terlalu ramai pegawai atasan dan rakan sekerja sendiri dianiaya selama ini. Ini kerana perbuatan khianat dan mensabotaj negara ini merupakan kesalahan yang sangat besar dan tidak boleh didiamkan begitu sahaja. 

Namun masih adakah keberanian sebegitu di MEIO kerana walaupun Ketua Pengarahnya silih berganti sejak PRU-14 tetapi kes aniaya dan khianat ini masih tidak disiasat hatta secara siasatan dalaman sehingga kini?

Apapun, sama-sama kita nantikan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts