ISMAIL SABRI LENGAHKAN PRU HANYA MEMPERKUAT DAP-PH

334
SHARES
2k
VIEWS

Selain pemenjaraan Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, DAP-Pakatan Harapan semakin kuat apabila Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 dilewatkan. Oleh kerana itulah UMNO telah berkali-kali menyuarakan pandangan mereka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sehingga kini masih dilihat ‘berdegil’ untuk akur dengan ketetapan parti dan kehendak akar umbi. Jika parti lain, sudah lama pemimpin sebegini akan dipecat namun UMNO masih berlembut hati.

Ismail sedar hal ini namun malangnya beliau tidak peduli apabila masih tidak mahu membubarkan Parlimen secepat mungkin walaupun dinasihatkan berkali-kali sebelum ini sehingga menjejaskan parti sendiri. Oleh kerana itulah Ismail dilihat oleh akar umbi seperti mahu sabotaj UMNO dengan cara ‘membeli masa’ yang semakin melemahkan UMNO dan memberi kekuatan percuma kepada musuh. Mahu bersangka baik juga sukar kerana Ismail asyik berdolak-dalik dengan pelbagai alasan. Antaranya mahu menunggu analisa kekuatan parti oleh Wanita UMNO yang dilihat sebagai antara alasan beliau mahu berkuasa sehingga habis penggal.

Akar umbi melihat beliau kini tidak lagi jujur dan bersikap talam dua muka, di depan mesyuarat lain dan di belakang beliau membuat perkara yang lain. Paling menyakitkan hati apabila beliau kata “tiada bukti kukuh UMNO boleh menang jika diadakan PRU segera”, sedangkan jelas bahawa UMNO lebih sukar menang jika PRU-15 dilewatkan. Walaupun UMNO masih berpeluang menang namun agak sukar kerana lebih banyak masa ditangguhkan maka lebih banyak peluang DAP-Pakatan Harapan memperoleh kekuatan. Lebih lambat PRU-15 diadakan maka lebih banyak peluru dibekalkan kepada DAP-Pakatan Harapan.

Maka bukankah ini sikap pengkhianat atau pensabotaj? Atau jika Ismail Sabri ada jawapan lebih baik daripada ini maka beliau perlu segera jelaskan kepada akar umbi jika tidak mahu dikenali sebagai pengkhianat atau pensabotaj parti. Jika tidak, budak-budak beliau di PMO tidak boleh asyik menyerang pemimpin UMNO yang mengkritik dirinya tunduk dan takut kepada Tan Sri Mahiaddin Yassin dan Perikatan Nasional selagi penjelasan tidak diberikan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts