Sebelum ini sudahpun diulas panjang mengenai sumpah laknat yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri keenam Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak. Rujuk artikel, “Ada apa dengan lafaz sumpah Wallahi, Wabillahi, Watallahi Najib?” di pautan; https://editormalaysia.com/16027/
Dalam artikel ini diterangkan mengenai kesan dan juga logik sumpah tersebut dilafaz di mahkamah selepas hujah pendakwaan dan pembelaan. Kemudiannya beberapa hari sebelum dikekalkan hukuman penjara 12 tahun dan RM210 juta denda oleh Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim Negara YAA Tengku Maimon yang suaminya merupakan penyokong tegar Pakatan Harapan dan pembenci Najib, beliau juga bersumpah laknat di Masjid Kampung Baru.
Dijangkakan pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong Pakatan Harapan yang juga amat membenci Najib akan bergembira dengan sumpah laknat ini kerana Najib akan “dimakan sumpah” kerana menipu tidak bersalah dan langsung tidak tahu menahu, apatah lagi mengarahkan wang dimasukkan ke akaun peribadinya, tetapi perkara sebaliknya berlaku. Mereka mengkritik, mempertikai dan mencela perbuatan tersebut sebagai penunggang agama pula sedangkan dalam masa yang sama tiada seorangpun daripada mereka yang berani bersumpah laknat yang sama.
Jika masing-masing yakin dengan ‘kebenaran’ di depan mata, bersumpah sahajalah tanpa berbasa-basi. Jangan berdalih, beri alasan itu dan ini sedangkan dalam masa mengkritik dan menghina Najib yang bersumpah, mereka terketar-ketar takut. Apa mahu ditakutkan, jika tidak yakin dengan sumpah laknat maka tentu mereka tidak akan dimakan sumpah. Perlakuan meraka ini hanya membuktikan bahawa mereka ini takut sebenarnya tetapi berlagak suci sebagai pendukung keadilan.
Jika benar-benar mereka ini memperjuangkan dan mendukung keadilan, mereka sepatutnya tidak bersetuju dengan perjalanan mahkamah yang terlihat tidak adil dan disegerakan. Tidak kiralah Najib, Anwar ataupun sesiapa sekalipun, undang-undang perlu adil dan saksama ke atas semua mereka. Jangan sampai rakyat melihat undang-undang ini mempunyai dua versi, satu untuk golongan marhaen dan satu lagi untuk golongan kayangan atau elit politik. Yang mana rapat dengan pemimpin akan selamat, manakala yang tidak rapat atau seteru politik akan dihancurkan.
Kesimpulannya, semua pihak terutama umat Islam wajib berlapang dada apabila Najib telah bersumpah laknat menafikan pembabitan beliau sepenuhnya dalam kes SRC dan 1MDB yang dikaitkan dengannya. Jika tidak mahu percaya juga tidak mengapa tetapi cuba berfikir sejenak, kenapakah pemimpin yang anda suka dalam Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional amat takut bersumpah?
Kalau sumpah ini hanya lah ‘retorik’ dan ‘sampah’ di mata mereka maka bersumpah sahajalah. Setidak-tidaknya anak isteri dan kaum kerabat anda yakin anda tidak meliwat, tidak bersemburit dan tiada hubungan terlarang dengan isteri orang. Kepada pemimpin paling tua itu pula yang suka mencatur segala, rakyat juga menunggu anda bersumpah tidak pernah mengambil hatta seringgitpun wang negara dan tidak pernah menganiaya sesiapa.
Tidak beranipun tidak mengapa, akhirat itu ada walaupun anda tidak yakin dengannya.