Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi mendesak agar Peguam Negara Tan Sri Idris Harun meletakkan jawatan atas kebocoran surat meminta kes mahkamah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diutamakan dan diselesaikan dengan kadar segera.
Menurutnya, jika surat tersebut tulen, ini merupakan satu konspirasi, berniat jahat serta jelas satu campur tangan ke atas badan kehakiman negara. Puad menjelaskan bahawa Peguam Negara bukan lagi wajib diganti tetapi beliau wajib meletakkan jawatan serta merta.
“Bocor lagi. Terbaru surat Jabatan Peguam Negara kepada Hakim Collin Lawrence Sequerah. Kalau sahih ia menggemparkan. Itu sah mencampuri urusan Mahkamah. Justeru, Peguam Negara bukan lagi wajib diganti tetapi wajib letak jawatan. Serta merta.”
“Surat itu bukti, wujud konspirasi, dendam dan berniat jahat. Mana tidaknya, setelah Najib berjaya dipenjara, kini minta pula utamakan kes Zahid. Apakah supaya Zahid segera masuk penjara?”
Tambah Puad, sekiranya surat tersebut palsu maka Peguam Negara kena nafikan. Beliau juga memohan Perdana Menteri agar mesti segera bertindak bagi menyelamatkan sistem keadilan negara.
Kesimpulannya, selepas Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak dipenjarakan, Zahid dan Tok Mat Hasan kini dalam ‘radar’ pihak tertentu untuk dipenjarakan. Perkara ini telahpun dirancang awal oleh “tangan-tangan ghaib” dan kini sedang dilaksanakan satu persatu.