SINDIR-MENYINDIR MAHIADDIN, ISMAIL SABRI HANYA SANDIWARA?

357
SHARES
2.1k
VIEWS

Selepas Tan Sri Mahiaddin Yassin menyindir Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai gagal menguruskan ekonomi, giliran Ismail Sabri pula menyindir Mahiaddin dan partinya termasuk Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri Dato’ Sri Mustapha Mohamed sebagai penyumbang kepada kegagalan tersebut.

Ironinya, sindir-menyindir sebegini sudahpun dijangkakan lama oleh parti UMNO kerana Mahiaddin sememangnya tidak boleh dipercayai, selain ada pihak melihatnya sebagai hanya ‘wayang’ semata-mata antara mereka berdua. Logiknya ialah, wujud perjanjian sulit antara Mahiaddin dan Ismail Sabri yang masih tidak berani didedahkan kepada umum termasuk isu pemenjaraan Dato’Sri Mohd Najib Tun Razak dan tarikh Pilihan Raya Umum ke-15.

Tidak pelikpun jika benar sindir-menyindir ini hanyalah sandiwara politik mereka berdua kerana rakyat melihat Ismail Sabri sehingga kini asyik mengikut cakap Mahiaddin sehingga PRU-15 sendiri dilewatkan, yang tentunya menjejaskan parti UMNO dan dalam masa yang sama ia hanya menguatkan Pakatan Harapan. 

Tidak mungkin Mahiaddin peduli dengan masalah negara, isu kemelesetan dan turun naik mata wang serta merudumnya ekonomi negara sehingga mahu menyindir Ismail sebagai gagal, kerana selama ini beliau lebih sibuk berpolitik dan mencatur gerakan pintu belakang tanpa mempedulikan nasib rakyat. Majlis Pemulihan Negara yang diterajui beliaupun dilihat langsung tidak memberi kesan kepada negara sebaliknya hanya sibuk meneruskan agenda sendiri yang tidak sempat dibereskan semasa beliau menjadi Perdana Menteri 17 bulan.

Selain itu, bukankah dalam perjanjian sulit ada menyebut tarikh PRU-15 mesti dibincangkan dengan Mahiaddin dan Perikatan Nasional maka apa perlunya menyindir Ismail Sabri melainkan hanya mahu menyedapkan hati akar umbi UMNO yang mendesak agar PRU-15 disegerakan?

Justeru, tindakan sindir-menyindir ini dilihat hanya sekadar mahu meredakan suasana kerana dalam masa yang sama Ismail Sabri sendiri asyik berdolak-dalik dengan pelbagai alasan – seperti apa yang Mahiaddin dan Perikatan Nasional rencanakan.

Jika bukan wayang, Ismail Sabri berjumpa sahajalah Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk membubarkan Parlimen. Jika tidak, cukup-cukuplah bermain wayang. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts