KENAPA BERSATU MULA TOLAK WAN SAIFUL?

158
SHARES
510
VIEWS

Wan Saiful Wan Jan semakin menjadi liabiliti kepada Bersatu. Buktinya apabila kini beliau sendiri ditolak oleh ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin Bersatu, kecuali Tan Sri Mahiaddin Yassin yang masih belum sedar. Jika ada yang tidak berpuas hati terhadapnya, Wan Saiful akan berlagak seperti anak kecil yang menyorok di bawah ketiak ‘abah’nya bagi mencari perlindungan.

Retorik anti rasuah kononnya beliau bersih tidak akan kekal lama, dalaman Bersatu sendiri hanya menunggu masa untuk mendedahkan penglibatan beliau dengan beberapa syarikat apabila tiba masanya kelak, apabila Mahiaddin sendiri mula ragu-ragu dengan kredibilitinya selaku Ketua Penerangan Bersatu.

Walaupun berjawatan Ketua Penerangan, Wan Saiful sangat tidak disukai oleh ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin Bersatu kerana gagal memainkan peranan untuk memberi penerangan berkesan kepada rakyat – yang akan memberi impak yang buruk buat parti yang sudahpun nyawa-nyawa ikan tersebut. Wan Saiful dilihat oleh partinya sendiri sebagai pemangkin yang bakal mempercepatkan Bersatu dikuburkan maka kerana itulah beliau perlu dicantas segera. 

Lihat sahaja kenyataan-kenyataannya selama ini yang banyak menyusahkan parti sehinggakan mereka sendiri mula muak dengannya, namun seperti di’mandrom’, Mahiaddin masih belum sedar walaupun sudah beberapa kali beliau diingatkan.

Memburukkan keadaan, status Wan Saiful selaku penulis manifesto Pakatan Harapan yang gagal ditunaikan menimbulkan masalah besar buat Bersatu hatta sudah lama keluar daripada gabungan tersebut. Pengundi-pengundi Pakatan Harapan yang serik dan masih trauma dengan manifesto yang ditulisnya pasti akan menghukum beliau dan partinya habis-habisan di PRU-15 kelak. 

Persoalannya, berapa lama Mahiaddin mahu ‘menyimpan’ Wan Saiful dan berapa lama Bersatu boleh bersabar dengannya? Walaupun mempunyai dana yang banyak namun dengan pelbagai masalah yang masih tidak mampu ditangani setakat ini, hayat Wan Saiful bersama Bersatu dilihat semakin menemui penamatnya.

Justeru Wan Saiful hanya mampu berdoa agar ‘abah’ tidak akan menyisihkannya sehingga PRU-15 kelak atau pilihan lain beliau boleh kembali bersama Pakatan Harapan melalui rakan baiknya Maszlee Malik. Tentu Wan Jan boleh membantu Pakatan Harapan membuat manifesto ‘kencing’ yang baharu – pasti akan lebih padu dan ‘hancing’ daripada dahulu. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts