CUKUP-CUKUPLAH DIPERBODOHKAN, “SAY NO TO PAKATAN HARAPAN”

128
SHARES
412
VIEWS

Seperti biasa ‘salakan’ Pakatan Harapan agar Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 tidak diadakan lebih awal hanya memperlihatkan sikap hipokrit mereka yang kononnya memperjuangkan nasib rakyat. Ini kerana mereka sudahpun bersiap sedia dengan bertemu pengundi-pengundi di seluruh negara walaupun asyik menggunakan alasan banjir – untuk memastikan agenda berkempen mereka terlaksana.

Hipokrasi Pakatan Harapan ini bukanlah perkara baharu kerana inilah sikap sebenar mereka sejak dahulu lagi yang tanpa segan silu akan menipu pengundi-pengundi sendiri melalui kempen penipuan dan fitnah secara besar-besaran.

Jika pengundi-pengundi dan penyokong-penyokong sendiripun ditipu dan manifesto pilihan raya tidak ditunaikan, maka janganlah diharapkan mereka dapat memerintah dengan berkesan. Cukup dengan hanya 22 bulan untuk pengundi-pengundi melihat dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana lemahnya Pakatan Harapan mentadbir negara walaupun sebelum itu berdegar-degar ‘sembang’ mereka di setiap kempen yang diadakan.

Media sosial mereka selama ini penuh dengan penipuan dan janji-janji palsu semata-mata, yang akhirnya terbongkar dengan sendirinya apabila memerintah secara caca-marba dan tidak tentu hala, ibaratnya seperti kera mendapat bunga.

Semoga rakyat bijak menilai dan serik diperintah oleh Pakatan Harapan akan mengundi berdasarkan semangat “politik kenegaraan” yang lebih rasional berbanding “politik kepartian” yang penuh dengan kebencian dan kepura-puraan. Walaupun kerosakan yang dilakukan selama 22 bulan berkuasa itu belum tentu dapat dipulihkan dalam masa dua tiga penggal pemerintahan kerajaan seterusnya, namun rakyat dan pemimpin-pemimpin tidak boleh berputus asa dan terus bertekad untuk membangunkan negara demi masa depan bersama.

Cukup-cukuplah diperbodohkan, “Say no to Pakatan Harapan.” 

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts